PENYANYI Aina Abdul tampil dengan kelainan apabila melancarkan lagu raya terbaharu berjudul Ya Habibi Ya Aidilfitri yang sudah mula tersedia di semua platform digital bermula hari ini.Menurut Aina, lagu tersebut merupakan percubaan pertamanya menghasilkan karya berinspirasikan muzik Arab dan Timur Tengah sekali gus memberikan warna baharu dalam perjalanan seni nyanyiannya. “Ya Habibi Ya Aidilfitri, anak terbaru saya dah pun keluar hari ini. Dah dengar ke? Ini percubaan pertama saya menulis dan menyanyikan lagu berinspirasikan muzik Arab atau Timur Tengah.Ya Habibi Ya Aidilfitri menjadi percubaan pertama Aina menghasilkan lagu raya bernuansa Timur Tengah. “Masih banyak kena belajar, lidah pun berbelit-belit, tapi saya harap semua suka dan enjoy dengan karya terbaru ini,” tulisnya dalam hantaran terbaharu di Instagram.Pelancaran lagu berkenaan turut mendapat perhatian peminat yang rata-rata teruja dengan rentak lagu tersebut meskipun dilancarkan pada penghujung Ramadan.Malah, ramai dalam kalangan peminat meninggalkan komen lucu apabila mengakui tidak dapat menahan diri daripada mahu berjoget setiap kali mendengar lagu tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga dapat duit ‘shopping’ sebelum bercuti, ramai puji sikap murah hati Aina AbdulARTIKEL BERKAITAN: Berhati-hati tapi bukan cerewet, Aina Abdul cari ilham di kota Jakarta“Raya pertama bergelek sambil makan nasi Arab.“Aku dah terbayang berjoget sambil pegang jug air kat dapur.“Kenapa kita rasa macam nak bergelek saja bila tengok video ni… kat pejabat ni boss jeling saja.Lagu raya baharu Aina mendapat reaksi teruja peminat yang mahu ikut berjoget. “Hari ini on call sambil bergelek dengan Ya Habibi Ya Aidilfitri on repeat!“Temankan ibu beli ayam kat pasar, dengar lagu ni guna earphone rasa macam nak bergelek kat pasar,” tulis beberapa pengikut.