BERKONGSI rezeki dengan ahli keluarga, penyanyi Aina Abdul dilihat sempat memberikan wang poket untuk perbelanjaan ketika mereka pergi bercuti bersama.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh abangnya, Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 32, dilihat memberikan sejumlah wang kepada adik-beradik serta anak saudaranya ketika berada di lapangan terbang sebelum berlepas ke Thailand.
Dalam hantaran tersebut, abangnya yang dikenali sebagai Awin Ghani turut menitipkan doa buat Aina agar sentiasa dimurahkan rezeki dalam kerjaya.

Keluarga mendoakan agar kerjaya Aina terus maju dan dimurahkan rezeki.
“Sesi dapat duit shopping daripada Cik Yun (panggilan Aina). Terbaik.
Kami doakan adik kami (Aina) dimurahkan rezeki daripada pelbagai arah. Semoga banyak lagi tawaran kerja pada masa hadapan,” katanya.
Video momen indah itu dikongsi oleh Awin dalam satu hantaran di laman TikTok miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul tak kecewa kurang pendengar Malaysia, lebih ramai Indonesia... “Dapat 1 peratus dari sana pun syukur”
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kemenangan di AIM24 pencapaian paling bermakna, Aina Abdul sebak teringat segala usaha dan penat lelah
Aina dilihat menghulurkan beberapa keping mata wang negara destinasi percutian mereka itu.
Menerusi ruangan kapsyen, dia turut menzahirkan rasa syukur atas perkongsian rezeki yang cukup bermakna itu.
“Syukur Alhamdulillah, semoga dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya dan terus maju jaya hendaknya buat Aina,” ujarnya.

Sikap murah hati Aina menerima pujian ramai.
Video tersebut turut mendapat perhatian peminat yang rata-rata meluahkan rasa kagum terhadap sikap murah hati penyanyi kesayangan mereka itu.
“Murah rezeki Aina belanja mak, adik-beradik dan anak saudara. Alhamdulillah, semoga rezekinya melimpah ruah.
Tengoklah tu, macam mana tak sayang, dahlah comel (Aina),” tulis peminat.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


