suria

Elak mengantuk ketika memandu, Isyariana amal hafal ayat suci al-Quran

Isyariana amal hafal surah al-Quran sewaktu memandu kereta.

PELAKON Isyariana berkongsi cara terbaik untuk kekal segar dan fokus semasa memandu, terutamanya ketika rasa mengantuk.

Kata Isyariana atau Isyariana Che Azmi, 35, dia mengambil peluang itu untuk menghafal surah-surah al-Quran dan ternyata cara itu memberi kesan yang berkesan.

"Aku tak suka memandu. Untuk buat aku tak tidur, aku hafal surah. Benda ni memang jadi, hati tak rasa nak memaki orang memandu kereta, otak cepat gila masuk hafalan tu," katanya.

Isyariana berkongsi tip mudah untuk menghafal surah.

Isyariana berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya, bersama dengan video yang memaparkan dirinya sedang memandu sambil mengikuti bacaan surah Ar-Rahman yang dipasang di sistem audio kereta.

Dalam pada itu, pelakon drama Isteri Halal ini turut memberitahu bahawa amalan tersebut juga menjadi satu cara untuk menenangkan fikiran ketika berada di atas jalan raya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isyariana mengaku masih solo, impi lelaki ‘berharta’... “Bekas teman lelaki saya pun taraf kami sama saja”

ARTIKEL BERKAITAN: Segan buka tudung selepas pulang umrah, Isyariana bimbang gagal istiqamah

Menurutnya lagi, kaedah tersebut menjadi amalan selepas dikongsi oleh seorang rakan.

"Paling penting, aku tak tidur waktu memandu mengantuk macam mana pun sebab otak tengah fokus dengar dan menghafal. Aku kongsi tip hafal ini, terima kasih satu masa dulu ada sahabat yang kongsikan tip ini," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain