PELAKON Zoey Rahman terpaksa mendapatkan rawatan segera selepas mengalami ketidakselesaan pada mata kanan sejak beberapa hari lalu.Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Rahman, 41, berkata doktor mengesahkan dia mengalami ulser pada bahagian mata sehingga menyebabkan kemerahan serta rasa pedih melampau. “Saya pun terkejut sebab selama ini ingat ulser hanya berlaku dekat mulut, rupa-rupanya boleh jadi di mana-mana bahagian tubuh.Keadaan mata Zoey selepas disahkan ulser.“Nasib baik saya cepat dapatkan rawatan, kalau lambat jangkitan itu boleh merebak ke kawasan mata,” katanya ketika dihubungi mStar.Menurut Zoey, masalah tersebut berkemungkinan berpunca kerana tidak mendapat rehat secukupnya selain terlalu lama menghadap skrin telefon bimbit.“Doktor kata mungkin mata saya terlalu penat sebab banyak sangat screen time. Selalu edit video, asyik main telefon.ARTIKEL BERKAITAN: Tubuh sasa diraba, Zoey Rahman masih sabar asalkan tidak melampaui batasARTIKEL BERKAITAN: Zoey, Dr Afif risau lelaki pakai seluar ketat, berisiko mandul“Bila mata rasa pedih, saya kerap gosok mata dan ia pun boleh jadi punca jangkitan,” ujarnya.Buat masa ini, Zoey memilih untuk mengurangkan penggunaan telefon bimbit dan berehat sepenuhnya bagi mempercepatkan proses penyembuhan.Jelasnya, dia turut mengalami rasa silau dan pedih terutama pada waktu pagi serta apabila melihat cahaya terang.“Waktu pagi memang mata rasa tak selesa. Tengok benda cerah pun silau sampai mata berair.Zoey berehat dari melihat telefon bimbit buat sementara waktu.“Sampai keluar kemerahan itu yang buatkan saya terus pergi ke klinik,” katanya.Dalam pada itu, Zoey turut menasihatkan orang ramai supaya tidak memandang ringan kesihatan mata dan segera mendapatkan pemeriksaan jika menunjukkan sebarang gejala.“Jangan terlalu lama hadap telefon sebab ia memang tak bagus untuk mata. Kalau rasa ada yang tak kena, cepat-cepat jumpa doktor,” pesannya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube