suria

Iskandar Ismail sedia tinggalkan Singapura demi pasaran muzik Malaysia, tidak kisah kecaman netizen

Iskandar sedia tembusi pasaran muzik di Malaysia.

PENYANYI Iskandar Ismail bersedia untuk meninggalkan keluarga dan kerjaya seni di Singapura sekiranya diberi peluang melebarkan sayap dalam industri muzik Malaysia.

Menurut Iskandar, dia sudah lama memikirkan perkara itu demi perkembangan kerjayanya sebagai penyanyi.

“Untuk tinggalkan Singapura memang saya dah bersedia. Saya ingin masuk pasaran muzik di Malaysia.

Iskandar sedia tinggalkan Singapura untuk cari rezeki di Malaysia.

“Saya kenal ramai artis di sini dan mereka juga beri kata-kata semangat sehingga buatkan saya rasa terharu.

“Jadi jika ada peluang keemasan itu, saya akan ambil,” katanya kepada mStar.

Iskandar berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) yang berlangsung di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor, pada Ahad.

Ditanya mengenai risiko berdepan kecaman netizen sekiranya memasuki industri hiburan Malaysia, Iskandar berkata dia tidak kisah mengambil pusing komen negatif, sebaliknya mahu memberi tumpuan penuh kepada kerjayanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Shae ke final GV12 tidak kesampaian, enam peserta berjaya termasuk Nubhan

ARTIKEL BERKAITAN: Zaiton Sameon bukan peserta GV12

Malah, Iskandar juga percaya setiap rezeki sudah ditentukan oleh Allah SWT.

“Pada saya, tak kisahlah netizen nak kata apa, rezeki ini di tangan Allah.

“Bagi saya empat negara ini iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei kita mempunyai bahasa yang hampir sama dan bila cakap Melayu semua faham.

“Rezeki masing-masing. Kalau rezeki saya tertulis di sini, saya akan bekerja keras,” ujarnya.

Iskandar tak kisah kecaman netizen.

Iskandar merupakan antara finalis program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12).

Selain Iskandar, lima peserta yang turut bersaing merebut gelaran juara ialah Nubhan, Mark Adam, Mell Sakura, Ruri Repvblik dan kumpulan Mendua.

Konsert akhir GV12 akan berlangsung di Dewan MBSA pada 18 Januari ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain