suria

Tiada duit bayar pembekal, Harris Annuar menangis jual kuih bangkit dalam video ‘live’

Harris mengakui diri terdesak menghabiskan stok kuih raya untuk bayar hutang.

PELAKON dan personaliti media sosial Harris Annuar menjelaskan dia menangis ketika dalam siaran langsung di TikTok miliknya sebelum ini disebabkan berada dalam keadaan tertekan stok kuih bangkitnya tidak terjual.

Harris atau Mohammad Harris Shahrul Annuar, 31, berkata, sehingga kini dia masih mempunyai 400 balang kuih bangkit yang diambil daripada pembekal.

Lebih malang katanya, dia perlu menjual semua stok berkenaan bagi menjelaskan hutang kepada pembekal kuih.

Untitled design - 2024-04-02T123658.408

Harris dilihat sedang menitiskan air mata ketika menjual kuih bangkit di TikTok live.

"Saya tolak harga modal untuk saya jual balik dan bayar dekat pembekal. Saya buat silap besar! Saya tak terfikir awal dan saya baru sedar benda itu.

"Sebab itu saya menangis sehingga tak boleh jumpa orang lain," katanya.

Harris menjelaskan punca dia mengalirkan air mata ketika mempromosikan kuih bangkat menerusi siaran langsung di TikTok miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Harris Annuar jalani pembedahan tulang belakang, kesan jangka panjang akibat jatuh

ARTIKEL BERKAITAN: “Lama sangat pembedahan” - Harris Annuar tak kenal isteri, sangka anak sudah masuk tingkatan satu

Harris bagaimanapun berterima kasih kepada kenalan dan pengikutnya kerana menyokong dan membantu membeli kuih jualannya.

"Kalau rasa saya susah, ada lagi yang lebih susah daripada saya tapi Allah tak pernah berhenti bantu kita.

"Terima kasih semua yang sokong saya hari ini. Ada masa ketika kita susah, kawan-kawan dan pengikut yang bantu," ujarnya.

553 (11)

Harris menjelaskan yand dia pernah diuji dengan pembedahan sebelum ini.

Sementara itu, Harris berkata, ini bukan kali pertama dia ditimpa kesusahan malah pernah menjalani pembedahan di bahagian lutut akibat jatuh tangga.

"Satu jatuh tangga dan buat pembedahan. Satu lagi jatuh sebab saya kena bayar duit modal tapi saya tiada duit nak bayar," katanya.

Untuk rekod, anak kepada usahawan kosmetik Zaiton Hassan atau Kak Ton itu pernah menyertai program Hero Remaja 2017/2018 sebelum bergelar pelakon

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain