suria

[V] Dah pulang cincin risik, hubungan Sufian Suhaimi dengan kekasih sudah berakhir

IMPIAN penyanyi Sufian Suhaimi untuk mengakhiri zaman bujangnya bersama wanita dikenali sebagai Rania Al-Sadat nampaknya tidak kesampaian apabila hubungan itu putus di tengah jalan.

Mendedahkan wanita itu sudah memulangkan cincin risik, Sufian, 32, bagaimanapun berkata hubungannya dengan Rania dan keluarga masih baik serta tidak menyimpan sebarang dendam.

“Kami masih berkawan cuma hubungan merisik tu dah tiada dah.

NP-9

Cincin Risik Sufian sudah dipulangkan Rania.

“Tapi semua pihak menerima dengan hati yang terbuka dan tiada rasa dendam,” katanya kepada mStar.

Sufian berkongsi perkara itu ketika ditemui di Iftar Raya 2024 Rusa dan MVM di Geno Hotel, Subang Jaya, Selangor pada malam Isnin.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Menggenggam Bahagia itu memaklumkan keputusan itu dibuat atas pilihan bersama.

Kata Sufian lagi, antara punca mereka tidak meneruskan hubungan adaah disebabkan tidak sehaluan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sufian Suhaimi hantar rombongan merisik ‘Sayang’, peminat puji bakal isteri cantik

ARTIKEL BERKAITAN: Baru merisik belum bertunang, Sufian Suhaimi mahu cepat kahwin tapi belum ada tarikh

“Keputusan tersebut adalah keputusan bersama. Kami tiada bergaduh ke apa sebab kalau ikutkan nak nikah dari tahun lepas cuma ada perkara yang kami rasa perlu bincangkan sebab kami fikir perkahwinan bukan perkara boleh buat dengan tergesa-gesa.

“Boleh dikatakan tidak sehaluan tapi tidaklah sehingga bergaduh besar. Tiada punca orang ketiga dan pulangkan cincin tu sewaktu minggu kedua bulan Ramadan.

“Tiada satu penyesalan pun... Siapa tahu jodoh di tangan Tuhan kemungkinan kita akan bahagia bersama-sama kami pun tak tahu,” jelasnya.

Sementara itu, Sufian menafikan dakwaan segelintir netizen yang merasakan hubungan cintanya itu adalah sebuah konten semata-mata.

NP-8

Hubungan Sufian dan Rania masih dalam keadaan baik.

“Siapa yang cakap percintaan saya ni konten semata-mata tak baiklah.

“Sebab mana ada orang nak memperdagangkan cinta terutama saya yang tak suka berkongsi masalah peribadi.

“Jauh sangat untuk saya ketengahkan hubungan cinta sebagai teknik pemasaran atau cara kekal relevan dalam industri. Tak pernah terlintas dan takkan buat,” katanya.

Sebelum ini, netizen mula membuat spekulasi hubungan mereka apabila mendapati Rania dan Sufian tidak lagi mengikuti akaun masing-masing di Instagram.

Pada Oktober tahun lalu, Sufian menghantar rombongan merisik kepada keluarga Rania.

Sekadar info, Sufian pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Elfira Loy pada 6 Oktober 2017.

Namun ikatan pertunangan itu terlerai pada Februari 2018 selepas pihak keluarga Elfira memulangkan cincin kepada pihak lelaki.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain