suria

Aliff Syukri kecil hati, susah payah buat MV ‘Love Raya’ tapi kena kecam... Tampil mohon maaf, padam aksi penari menggeletis

Aliff pada klip video raya meskipun sudah berhabis ribuan ringgit.

SELEPAS ditegur ibunya kerana memuat naik klip video single terbaharu berjudul Love Raya memaparkan aksi lelaki menari menggeletis, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri tampil membuat permohonan maaf.

Berkecil hati dengan kecaman diterima, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, berkata dia sudah mengeluarkan kos yang besar untuk menghasilkan lagu dan MV berkenaan.

"Kepada mak saya (Rozita) dan semua netizen yang melihat video saya tu, saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.

size NP 1 - 2024-04-01T141202.870

Aliff padam klip video raya selepas teruk dikecam hebat netizen.

"Memang saya kecil hati sebab saya dah bersusah payah siap keluarkan modal puluhan ribu ringgit untuk penari, juruvideo.

"Tapi netizen tak tengok lagi dah kecam melampau-lampau dan itu menyebabkan saya sedih," katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri buat hal lagi! Ibu kecewa tengok MV raya lelaki menari menggeletis, sedih 10 malam terakhir Ramadan dicemari

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri rakam lagu raya... Ibu minta jangan ajak orang buat fitnah, isteri pula risau pendengar kemurungan

Dalam pada itu, Aliff memberitahu dia juga mengambil keputusan memadam video berkenaan daripada media sosial miliknya.

"Saya tak nak bersedih atau marah. Saya salahkan diri sendiri

"Saya dah padam video itu. Padahal orang kat luar lagi banyak buat benda pelik-pelik," ujarnya.

Terdahulu, Rozita meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Aliff dan menyifatkan MV tersebut mencemarkan 10 malam terakhir di bulan Ramadan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain