suria

Aliff Syukri buat hal lagi! Ibu kecewa tengok MV raya lelaki menari menggeletis, sedih 10 malam terakhir Ramadan dicemari 

Muzik video Aliff mengundang rasa kurang senang ibunya, Rozita.

TINDAKAN usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri tampil dengan single raya baharu berjudul Love Raya mengundang rasa kurang senang ibunya iaitu Rozita Ibrahim.

Mengulas mengenai lagu nyanyian anaknya itu, Rozita, 60, meminta Aliff segera memadam video muzik (MV) berkenaan kerana dianggap keterlaluan dan menjijikkan.

"Semua orang tak suka pun tengok, jangan jadi orang yang namanya Islam tapi tidak mencerminkan akhlak Islam, tolong delete video itu.

Untitled design - 2024-04-01T104625.025

Rozita membuat teguran itu di Instagram pada Isnin.

"Mana malu? Mana kamu letak maruah? Jangan malukan mak, hentikan selamanya... jangan ada lagu raya lagi," katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Isnin.

Sebelum itu Aliff memuat naik klip MV lagu berkenaan memaparkan sekumpulan lelaki menari dengan aksi dilihat kurang sopan.

ARTIKEL BERKAITAN: Teguran lembut ibu kepada Aliff Syukri buat netizen sebak

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri rakam lagu raya... Ibu minta jangan ajak orang buat fitnah, isteri pula risau pendengar kemurungan

Sementara itu, Rozita mengakui hidupnya tidak tenteram selepas menonton rakaman MV berkenaan.

Katanya lagi, perbuatan Aliff itu seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan dan tidak sensitif dengan situasi sedang berlaku di Gaza.

Untitled design - 2024-04-01T104719.092

Muzik video Aliff menerima kecaman hebat kerana memaparkan aksi tarian yang keterlaluan.

"Hidup mak dah akhir-akhir ini, sangat tak bahagia begini... kalau ini caranya, didunia lagi mak sakit dengan hinaan orang pada mak.

"10 malam terakhir kejar Lailatul Qadar, tapi kamu lancar muzik video bodoh ini.

"Di Gaza sana huru-hara kemiskinan, kemarau berpanjangan, bala Allah tanpa henti, kamu tak takut?" ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain