suria

Sufian Suhaimi hantar rombongan merisik ‘Sayang’, peminat puji bakal isteri cantik

Peminat tumpang gembira melihat Sufian bahagia.

PENYANYI Sufian Suhaimi sudah menghantar rombongan merisik teman wanitanya yang dikenali sebagai ‘Sayang’ pada Sabtu.

Menerusi perkongsian video di TikTok memperlihatkan seorang wanita dipercayai ibu Sufian menyarungkan cincin ke jari manis wanita berkenaan.

Kelibat Sufian turut kelihatan dalam video berkenaan apabila tampil mengambil gambar bersama wanita itu selepas upacara merisik selesai.

sufian1 - 1

Upacara menyarungkan cincin di majlis merisik.

Terkejut dengan perkara itu, peminat meluahkan rasa teruja dengan berita tersebut dan mengucapkan tahniah buat Sufian dan pasangan.

Malah ramai memuji kecantikan teman wanita Sufian yang kelihatan anggun dalam persalinan berwarna krim.

ARTIKEL BERKAITAN: Sufian Suhaimi dan teman wanita tampil sedondon, sedia naik pelamin - "Saya panggil dia sayang"

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Silap saya mudah percaya orang"... Sufian Suhaimi menunggu rakan industri bayar hutang lebih RM100,000

"Akhirnya Sufian bertemu dengan seorang gadis yang tepat buat dirinya.

"Tahniah Sufian, saya sokong yang ini sebab sangat cantik dan sesuai dengan awak.

"Lawanya, ringkas sahaja majlisnya... Cukup kedua-dua belah keluarga yang hadir," komen netizen.

Bagaimanapun usaha mStar mendapatkan pengesahan lanjut daripada Sufian mengenai majlis itu tidak berjaya apabila penyanyi itu tidak menjawab panggilan.

sufian2 - 1

Hati Sufian sudah dimiliki seorang wanita yang dipanggil 'Sayang' (kanan).

Sebelum ini ketika ditemu bual mStar, penyanyi lagu Di Matamu itu mengakui hatinya kini sudah dimiliki oleh seorang wanita yang dikenalinya sejak tahun lalu.

Sufian bagaimanapun enggan terlalu mendedahkan identiti wanita yang dipanggil ‘Sayang’ itu kerana bimbang dia akan menjadi perhatian ramai dan membuatkan kekasihnya itu berasa tidak selesa.

Untuk rekod, Sufian pernah bertunang dengan pelakon Elfira Loy pada 2017 namun ikatan itu terlerai empat bulan kemudian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain