suria

Budak muda berani hantar mesej nakal kepada Raja Ema, selesa hidup sendiri selepas 24 tahun cerai

Raja Ema tidak mahu melayan mesej keterlaluan di media sosial.

PENYANYI dan pelakon Raja Ema mendedahkan pernah menerima mesej nakal daripada pengikut di media sosial miliknya yang mahu mendekati dirinya.

Tidak hanya itu, Raja Ema atau Raja Emma Raja Ibrahim, 56, berkata, terdapat segelintir golongan muda turut menghamburkan kata-kata kurang sopan terhadapnya.

Enggan ambil pusing akan perkara itu, Raja Ema sebaliknya bertindak menapis setiap mesej diterima di laman sosial miliknya.

raja ema 3

Raja Ema belum terbuka hati menerima pasangan baharu.

"Ada juga mesej-mesej nakal tapi mereka tidak berani melampau dan kebiasaannya pembantu akan tapis semua mesej yang diterima.

"Gangguan di media sosial itu perkara biasa sebab saya anggap mereka ini budak-budak... Kalau saya layan boleh jadi gaduh, jadi lebih baik biarkan sahaja.

"Kalau nak terangkan setiap soalan yang diberi pun susah sebab mereka tidak rasa apa saya lalui," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayar RM3 juta pun Ramli MS tak mahu berlakon, kembali dalam ‘Projek Bapak-Bapak’ sebab persahabatan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] RM100 satu babak, Didie Alias selar produksi tindas artis lama

Ditanya tentang soal hati, penyanyi lagu Jejaka Idaman ini lebih selesa hidup sendirian selepas bercerai dengan bekas suami iaitu penyanyi Sheqal pada 1999.

Kata Raja Ema, selepas 24 tahun bercerai dia gembira menjalani kehidupan bersama dua orang anak lelakinya selain menyibukkan diri dengan aktiviti lakonan dan perniagaan.

Diganggu di media sosial juga sudah biasa. Saya anggap mereka ini budak-budak

RAJA EMA

PENYANYI/PELAKON

"Kalau ada cuba pikat, saya selalu beritahu saya 'single but not available'... Saya gembira kehidupan bersama anak-anak. Mereka pun semua sudah besar dan kami selesa begini.

"Saya juga sibuk dengan kerja termasuk perniagaan makanan yang diusahakan. Semua itu sudah cukup buat saya gembira dan selesa hidup tanpa pasangan," jelasnya.

raja ema 2

Raja Ema harap generasi muda tahu dia juga seorang penyanyi.

Sementara itu bercakap tentang perjalanan kerjaya nyanyian, Raja Ema memberitahu dia belum terfikir untuk merakamkan lagu baharu meskipun sudah ada pihak membuat tawaran.

"Kalau buat lagu baru pun peminat masih mahukan lagu Angan-Angan, Jejaka Idaman dan Mentari Korea. Susah nak buat lagu baru sekarang ini.

"Memang ada perancangan nak buat lagu baru, tapi masih berfikir lagi," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain