suria

[V] RM100 satu babak, Didie Alias selar produksi tindas artis lama

PELAKON dan pengacara Didie Alias meluahkan rasa kecewanya apabila terdapat beberapa pihak produksi menindas pelakon-pelakon veteran dengan memberikan bayaran yang tidak setimpal.

Didie atau Fadzilah Mohd @ Ali, 51, berkata lebih teruk lagi apabila dia sendiri pernah ditawarkan kira-kira hanya RM100 untuk menjayakan satu babak.

Jelasnya, tawaran tersebut diibaratkan seperti merendah-rendahkan pelakon vateran yang mempunyai pengalaman.

Didie 2

Didie pernah ditawarkan RM100 untuk 1 babak.

"Kita orang lama, berpengalaman. Tidak berbaloi dengan tawaran yang diberi. Bayaran yang ditawarkan macam zaman kita dulu.

"Kenapa benda ini makin lama korang tindas kita orang? kau tidak sepatutnya letak satu harga yang sebegini.

"Contohnya 100 episod dengan bayaran RM20,000 atau RM30,000. Kau nak tunggu 10 bulan, berbaloi tak kau nak ambil kerja tu? Ada yang bayar RM100 untuk satu babak, baik aku buat review," katanya kepada mStar pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan buka aib tapi luahan kecewa, Didie Alias dah tak kisah... Hanya mampu panjatkan doa buat Enot

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Berkat jaga Ridzuan Hashim, anak Didie Alias dapat tajaan kenduri kahwin setengah juta... bakal sarung sut milik arwah bapa

Didie berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media program realiti masakan Dapur Tempur Selebriti yang diadakan pada Rabu.

Didie menjelaskan, dia terpaksa menolak tawaran yang dianggap tidak setimpal dengan pengorbanannya untuk menjayakan sesuatu watak.

"Kalau saya tidak berlakon, saya boleh mengacara dan ada perniagaan. Tapi kasihanlah pada kawan-kawan saya yang mengharapkan lakonan sahaja sebagai sumber pendapatan.

Didie 1

Didie banyak menolak tawaran yang tidak setimbal dengan bakatnya.

"Ada mereka yang sudah berbulan-bulan tidak ada kerja. Tiada sumber pendapatan,” katanya.

Aktress itu turut menasihatkan para penerbit supaya tidak membeza-bezakan tahap bayaran pelakon lama dan baharu yang kurang berpengalaman.

“Kenapa orang lain boleh dibayar dengan harga setimpal, tapi pengalaman tidak ada. Boleh letak harga satu episod sehingga RM5,000. Kenapa?" soalnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain