suria

[V] Bella Astillah bukan ‘insecure’, peluang kedua bukti masih percaya pada Aliff Aziz

PELAKON Bella Astillah menyangkal dakwaan mengatakan dia berasa insecure susulan dia dilihat seperti tidak mempercayai suaminya iaitu Aliff Aziz yang pernah terlibat dalam kontroversi sebelum ini.

Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 29, sebaliknya berkata dia kini lebih matang dan hanya mahu memberikan yang terbaik untuk keluarga kecilnya.

“Saya dah tak ada rasa ‘insecure’ sebab sudah lebih dewasa... Kalau orang kata saya tak percaya Aliff, tidak. Saya ada kepercayaan terhadapnya.

“Kalau tiada kepercayaan, saya sudah tidak ada dengan Aliff. Saya percaya dia sebab itu saya bagi peluang kedua.

Bella 2

Bella dan Aliff dikurniakan dua cahaya mata.

“Cuma saya harapkan yang terbaik selepas ini,” katanya kepada mStar.

Bella berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidanf media program realiti masakan Dapur Tempur Selebriti yang diadakan pada Rabu.

Dalam pada itu, Bella turut meminta maaf kepada mana-mana individu yang terasa akan kenyataan dikeluarkan berhubung kehadiran pelakon Sophia Albarakbah di All Stars Gegar Vaganza (ASGV) sebelum ini.

Kata Bella, dia setuju dengan Aliff yang mengatakan program realiti itu terbuka untuk dihadiri oleh mana-mana selebriti.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz mohon maaf kepada Bella Astillah, tiada niat gores hati isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Kenyataan tentang Sophia seolah mahu jaga perasaan, Bella Astillah minta Aliff Aziz utama hatinya

“Saya nak minta maaf kalau hantaran Bella sebelum ini buat orang lain kurang senang, anggap saya kurang matang.

“Saya cuma harap yang terbaik sahaja. Kalau boleh saya dah tak mahu sedih-sedih lagi. Saya pentingkan positif dalam kehidupan. Itu yang saya buat sekarang,” jelasnya.

Pada 8 Oktober lalu, kehadiran Sophia Albarakbah di ASGV mencuri tumpuan memandangkan Aliff turut bertanding dalam program berkenaan.

Aliff bagaimanapun melihat kehadiran aktres itu tidak mengganggu persembahannya di atas pentas memandangkan sebagai artis dia memahami mereka pasti akan bertemu dalam mana-mana acara.

Saya dah tak ada rasa ‘insecure’ sebab sudah lebih dewasa.

BELLA ASTILAH

PELAKON

Bella kemudiannya membuat kenyataan dengan melabel Sophia sebagai penipu dan menyelar kenyataan dibuat Aliff itu seolah-olah tidak menjaga perasaannya sebagai isteri.

Dalam perkembangan lain, Bella memberitahu dia teruja untuk menunjukkan skil memasaknya bersama ibu, Zarina Salleh, 47, dalam program Dapur Tempur.

Jelasnya, walaupun tidak terlalu mahir dalam bidang masakan, dia akan cuba memberikan yang terbaik dan saingan sengit kepada pihak lawan.

"Saya tidak sabar nak masak dengan mama. Susah sebenarnya nak paksa mama untuk masuk dalam program ini. Dia malu," ujarnya.

Bella 3

Bella semasa sidang media program Dapur Tempur

Selain Bella dan ibunya, ramai lagi selebriti yang turut terlibat antaranya Shuib dan isteri iaitu Watie Hanafiah, Didie Alias dan anak (Nur Diyana) serta Wany Kayrie dan ibunya (Mama Kay).

Pengurus Besar TV9, Khairunisa Kamarulzaman berkata, pemilihan barisan selebriti itu dilakukan kerana mereka percaya ramai ingin menyaksikan aksi mereka bersama ahli keluarga di dapur dan bertempur dengan pihak lawan melalui cabaran yang diberikan.

"Kebanyakan daripada mereka diketengahkan buat kali pertama untuk program masakan khas di TV9. Kami berharap penonton TV9 akan terhibur dengan menonton Dapur Tempur Selebriti ini,” ujarnya.

Dapur Tempur Selebriti akan bersiaran sebanyak empat episod bermula 18 November 2023, setiap hari Sabtu di TV9 dan Tonton.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain