suria

Kenyataan tentang Sophia seolah mahu jaga perasaan, Bella Astillah minta Aliff Aziz utama hatinya

Bella persoalkan kenyataan yang dikeluarkan Aliff Aziz.

SELEPAS melabel Sophia Albarakbah sebagai penipu, Bella Astillah turut menyelar kenyataan dibuat suaminya berhubung kehadiran aktres berkenaan di All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada Ahad lalu.

Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 28, mempertikaikan kenyataan penyanyi Aliff Aziz yang seolah-olah tidak menjaga perasaannya sebagai isteri.

"Belum berhubung lagi? Kenapa akan berhubung ke?

Bella

Kenyataan yang dimuat naik Bella di Instastory miliknya.

"Kenapa harus jaga hati pihak sana bukan ke sepatutnya jaga hati isteri jauh lebih penting," katanya.

Bella berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada malam Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah dakwa Sophia Albarakbah menipu, keluar auditorium selepas Aliff selesai buat persembahan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sophia Albarakbah datang ASGV bukan tengok Aliff Aziz, teman Aisha Retno buat persembahan... Anggap kemunculan bukan isu

Aliff menerusi temu bual berkenaan memberitahu tidak mempunyai hak untuk menentukan siapa yang ingin hadir ke program tersebut dan fokusnya hanya kepada pertandingan.

Malah Aliff memberitahu belum berhubung dengan Sophia dan kehadiran aktres itu bersama sepupunya iaitu penyanyi Aisha Retno.

Pada Ahad lalu, kehadiran Sophia di ASGV mencuri tumpuan memandangkan Aliff turut bertanding dalam program berkenaan.

Aliff bagaimanapun melihat kehadiran aktres itu tidak menganggu persembahannya di atas pentas memandangkan sebagai artis dia memahami mereka pasti akan bertemu dalam mana-mana acara.

Bagaimanapun, Sophia ketika ditemui mStar pada petang Selasa memberitahu dia hadir ke ASGV sekadar memberi sokongan terhadap Aisha.

Kata Sophia, dia tidak menonton tersebut sehingga selesai kerana menemani Aisha membuat persembahan pada pukul 11 malam untuk siaran YouTube.

Bellaaaa

Bella mohon Aliff menjaga hati isteri terlebih dahulu.

Pelakon drama From Saga With Love itu juga menafikan dakwaan kehadirannya adalah untuk menonton persembahan Aliff yang pernah dikaitkan dengan dirinya.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dibuat aktres berkenaan, Bella mendakwa Sophia menipu ketika menjawab soalan wartawan berhubung isu kehadirannya ke ASGV.

Kata Bella, Sophia tiada dalam senarai tetamu dan aktres berkenaan bergegas keluar daripada auditorium selepas menonton persembahan Aliff.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain