PELAKON Mawar Rashid memilih untuk tidak mengulas mengenai isu dia membuka hijab kerana sedar tindakannya itu bukan perkara baik dan tidak patut dicontohi. Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, bagaimanapun berkata, dia masih berusaha memperbaiki hubungannya dengan Allah. "Tidak ada banyak perkara yang saya ingin katakan tentang isu ini (buka tudung) sebab tindakan saya ini bukanlah tindakan yang baik dan tidak patut dicontohi. Perkongsian Mawar di Instastory miliknya. "Sungguh pun semua ini sudah berlaku, saya masih berusaha untuk memperbaiki hubungan saya dengan Allah SWT. "Biarlah usaha saya ini antara saya dan Allah SWT sahaja," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Sudah cuba tapi gagal, Mawar Rashid kongsi foto tak lagi berhijab - "Saya minta maaf" ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob hormat keputusan adik ipar, yakin Mawar Rashid sudah fikir secara mendalam sebelum lepas tudung Mawar berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Selasa. Dalam pada itu, Mawar turut memohon maaf kerana tidak menjawab panggilan dan membalas mesej individu yang bertanyakan tentang keadaan dirinya. Tambah Mawar, dia juga ingin meminta maaf kerana telah mengecewakan banyak pihak dan gagal untuk kekal istiqamah. "Minta maaf saya tak angkat dan tak reply semua yang tanya keadaan saya... saya baru on telefon bimbit malam ini (Selasa). Saya akan beri kenyataan di sini (Instastory) sahaja. "Saya juga nak minta maaf kepada semua orang yang saya dah kecewakan. Saya buat dan saya cuba sedaya upaya untuk istiqamah selama ini... tetapi saya gagal kali ini. Mawar mohon maaf kerana sudah mengecewakan banyak pihak. "Terima kasih kepada yang masih beri sokongan kepada saya, bagi kata-kata positif dan doakan yang baik-baik untuk saya... terima kasih," ujarnya. Pada pagi Selasa, Mawar tampil memuat naik dua foto memperlihatkan dia tidak lagi mengenakan hijab di Instagram miliknya. Mawar menerusi kapsyen gambar tersebut hanya menyifatkan dirinya sudah mencuba tetapi gagal selain meminta maaf. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!