suria

[V] Sophia Albarakbah datang ASGV bukan tengok Aliff Aziz, teman Aisha Retno buat persembahan... Anggap kemunculan bukan isu

KEMUNCULAN pelakon Sophia Albarakbah di minggu ketiga konsert All Stars Gegar Vaganza (ASGV) adalah hanya sekadar untuk memberikan sokongan terhadap sepupunya iaitu Aisha Retno yang membuat persembahan pada sesi siaran langsung di media sosial.

Sophia, 30, berkata, dia tidak dapat menonton program tersebut sehingga selesai kerana menemani Aisha yang dijadualkan membuat persembahan pada pukul 11 malam Ahad lalu.

Pelakon itu turut menafikan dakwaan kehadirannya adalah untuk menonton persembahan salah seorang peserta ASGV iaitu penyanyi Aliff Aziz.

"Gegar Vaganza itu ramai artis yang bertanding. Saya rasa tidak ada isu sekiranya saya hadir pada malam itu.

sophia1 - 1

Sophia tidak mempunyai masalah sekiranya bertembung dengan Aliff.

"Pukul 11 Aishah sudah mahu buat persembahan dan dia tarik saya keluar bersama. Saya teman dia dan kami terus pulang," katanya kepada mStar.

"Lagi pun saya hadir sebagai memberi sokongan kepada sepupu saya iaitu Aisha Retno yang membuat persembahan pada malam itu.

Sophia berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media filem Harimau Malaya: The Untold Journey yang diadakan di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada Selasa.

Dalam pada itu, Sophia memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya bertemu Aliff pada malam tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada komen kehadiran Sophia Albarakbah, elak undang spekulasi... Aliff Aziz fokus tugasan duet bersama adik

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta Sophia Albarakbah jadi buruan lelaki, belum sedia cari pengganti 'Mr Doctor'

Kata Sophia, sebagai salah sebuah program hiburan televisyen, dia juga mempunyai hak untuk datang memberikan sokongan kepada rakan-rakan artis yang membuat persembahan.

"Kalau bertembung (Aliff) pun tak ada masalah... sebab kami masih berada dalam satu industri yang sama... pusing-pusing pun orang yang sama.

"Sejujurnya saya rasa tidak masalah pun untuk kami berada dalam satu acara yang sama.

Kalau bertembung (Aliff) pun tak ada masalah... sebab kami masih berada dalam satu industri yang sama.

SOPHIA ALBARAKBAH

PELAKON

"Saya rasa perkara itu sudah lama dan tidak ada isu pun... saya juga ada hak untuk ke acara tersebut (ASGV)," ujarnya.

Sementara itu, pelakon drama From Saga With Love itu pernah berhasrat untuk tidak lagi digandingkan dengan pelakon yang bergelar suami orang bagi mengelakkan kontroversi.

Pun begitu, atas nasihat pihak pengurusan aktres berkenaan, Sophia tidak mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana rakan lakonnya.

"Saya pernah beritahu pengurus kalau boleh nak elakkan daripada berlakon dengan artis yang bergelar suami orang.

sophia2 - 1

Sophia pernah berhasrat untuk tidak berlakon dengan suami orang.

"Tapi pengurus saya memberitahu dalam industri ini bukan kita yang tentukan ingin berlakon dengan siapa... jadi saya tiada pilihan," jelasnya.

Pada Ahad lalu, kehadiran Sophia di ASGV mencuri tumpuan memandangkan Aliff turut bertanding dalam program berkenaan.

Aliff bagaimanapun melihat kehadiran aktres itu tidak menganggu persembahannya di atas pentas memandangkan sebagai artis dia memahami mereka pasti akan bertemu dalam mana-mana acara.

Sebelum, Sophia pernah terpalit dengan kontroversi apabila dia didakwa bermain cinta dengan Aliff ketika mereka sama-sama terlibat dalam penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain