suria

Bella Astillah dakwa Sophia Albarakbah menipu, keluar auditorium selepas Aliff selesai buat persembahan

Bella mendakwa kenyataan dibuat Sophia berkenaan ASGV.

PELAKON Bella Astillah mendakwa Sophia Albarakbah menipu ketika menjawab soalan wartawan berhubung isu kehadirannya ke program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada malam Ahad lalu.

Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 28, sebaliknya memberitahu nama Sophia tiada dalam senarai tetamu dan aktres berkenaan bergegas keluar daripada auditorium selepas menonton persembahan suaminya iaitu Aliff Aziz.

"Ya Allah masih nak menipu stay lepas persembahan Liza Hanim... Serius la dia (Sophia) ini. Sudahlah nama tak ada dalam senarai tetamu.

bella1 - 1

Kenyataan Bella di Instastory miliknya.

"Selepas Aliff menyanyi dia terus gerak balik. Sudahlah duduk depan wartawan, lepas itu nak menipu lagi.

"Tapi tak hairanlah dia ini dah biasa menipu dan putar belit," katanya.

Bella berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada malam Selasa.

Sophia ketika ditemui mStar memberitahu dia hadir ke ASGV sekadar memberi sokongan terhadap sepupunya iaitu penyanyi Aisha Retno.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sophia Albarakbah datang ASGV bukan tengok Aliff Aziz, teman Aisha Retno buat persembahan... Anggap kemunculan bukan isu

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada komen kehadiran Sophia Albarakbah, elak undang spekulasi... Aliff Aziz fokus tugasan duet bersama adik

Kata Sophia, dia tidak menonton tersebut sehingga selesai kerana menemani Aisha membuat persembahan pada pukul 11 malam untuk siaran YouTube.

Pelakon drama From Saga With Love itu juga menafikan dakwaan kehadirannya adalah untuk menonton persembahan salah seorang peserta ASGV iaitu Aliff yang pernah dikaitkan dengan dirinya.

Pada Ahad lalu, kehadiran Sophia di ASGV mencuri tumpuan memandangkan Aliff turut bertanding dalam program berkenaan.

Aliff bagaimanapun melihat kehadiran aktres itu tidak menganggu persembahannya di atas pentas memandangkan sebagai artis dia memahami mereka pasti akan bertemu dalam mana-mana acara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain