suria

Cinta Sophia Albarakbah jadi buruan lelaki, belum sedia cari pengganti ‘Mr Doctor’

SELEPAS memaklumkan sudah berpisah dengan teman lelaki dikenali sebagai Mr Doctor, pelakon Sophia Albarakbah memberitahu ada beberapa individu cuba mendekati dirinya.

Sophia, 30, bagaimanapun memberitahu hatinya masih belum terbuka mencari pengganti ketika ini kerana fokusnya adalah kepada karier seninya yang sedang berkembang.

"Memang ramai cuba dekati saya selepas tahu saya sudah berpisah tapi minta maaf saya belum sedia.

"Saya tak mahu fikir sebab paling penting sekarang adalah saya fokus kepada karier," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi