suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sophia Liana syukur tiada kontroversi, netizen tak bangkitkan isu pakai seksi… “Follower saya okay, mereka urban”

PENYANYI Sophia Liana bersyukur apabila dirinya kurang terpalit cerita panas atau kontroversi meskipun ada netizen berpendapat penampilannya kelihatan sedikit seksi.

Sophia atau nama sebenarnya Sophiatul Liana Mohamed Sobri mengakui terkejut kerana netizen tidak memberikan tumpuan terhadap imejnya sebaliknya lebih fokus kepada karier nyanyian.

“Saya tidak terpalit kontroversi ini sebab tidak uar-uarkan sangat kisah peribadi di media sosial, walaupun ada masalah dalam rakan artis tapi saya tak akan tunjuk perkara itu.

“Terlalu banyak sangat perhatian pun tidak bagus sebab itu adalah perkara negatif jadi saya kurangkan, kadang-kadang kita tak tahu pengikut ni macam mana.

“Sophia tak seksi tapi cumanya kadang-kadang tu ada la pakai baju tiada lengan dan orang tak sebut jadi mungkin orang terima saya seadanya,” kata Sophia kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi