suria

Dituduh menipu putar belit, Sophia Albarakbah kekal tenang… “Biarlah orang buat kita”

Sophia ambil pendekatan tidak memanjangkan kontroversi.

SELEPAS namanya menjadi bualan hangat dikaitkan semula dengan penyanyi Aliff Aziz, pelakon Sophia Albarakbah dilihat lebih selesa untuk tidak memanjangkan isu berkenaan.

Tenang berdepan kontroversi tidak berkesudahan ini, Sophia, 30, memilih untuk tidak berbalah dengan mana-mana pihak dan membiarkan isu ini terus berlalu.

"Biar orang buat kita, jangan kita buat orang," katanya menerusi satu hantaran di Instastory pada Rabu.

sophia albarakbah 4

Sophia enggan berbalah dengan mana-mana pihak.

Kenyataan itu ditulis dipercayai menjawab komen isteri Aliff iaitu Bella Astillah yang menuduh dirinya putar-belit.

Dalam pada itu, Sophia turut berkongsi semula rakaman perbualan temu bualnya bersama media yang dimuat naik oleh kelab peminatnya.

Menerusi ruangan kapsyen pada akaun rasmi kelab peminat itu, mereka turut menyatakan sokongan terhadap Sophia serta membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh Bella sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sophia Albarakbah datang ASGV bukan tengok Aliff Aziz, teman Aisha Retno buat persembahan... Anggap kemunculan bukan isu

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah dakwa Sophia Albarakbah menipu, keluar auditorium selepas Aliff selesai buat persembahan

"Hujung cerita kita tengoklah siapa yang memutar-belit dan siapa yang terbelit," ujar pengendali akaun berkenaan.

Sebelum ini kehadiran Sophia di konsert minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung pada Ahad lalu mencuri tumpuan ramai kerana program berkenaan turut disertai oleh Aliff.

Dalam satu kenyataan Sophia memberitahu dia menemani sepupunya iaitu penyanyi Aisha Retno ke acara berkenaan.

sophia albarakbah 3

Kehadiran Sophia di program ASGV Ahad lalu mencuri tumpuan ramai.

Bagaimanapun menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Bella pula, dia mendakwa Sophia menipu ketika menjawab pertanyaan media pada Selasa.

Nama Sophia dan Aliff pernah terpalit dengan kontroversi apabila mereka dikatakan bermain cinta ketika sama-sama terlibat dalam penggambaram drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain