suria

Ibu 4 anak merana angkara suami ‘kaki perempuan’... Rahim terpaksa dibuang selepas disahkan hidap tiga kanser serentak!

Pesakit kanser memerlukan sokongan orang sekelining untuk terus kuat menjalani hari-hari mereka. -Gambar hiasan AI

KEHIDUPAN seorang wanita berubah sekelip mata selepas dia disahkan menghidap beberapa jenis kanser dipercayai berpunca daripada jangkitan penyakit kelamin.

Eileen McGill Fox pada awalnya menjalani pemeriksaan penyakit jangkitan seksual (STI) selepas mengetahui suaminya curang dengan seorang wanita lain.

Saringan itu pada awalnya menunjukkan keputusan negatif bagi penyakit sifilis, gonorea dan Human Immunodeficiency Virus (HIV), sekali gus memberi kelegaan kepadanya.

Namun setahun kemudian, Fox disahkan dijangkiti Human Papilloma Virus (HPV) selepas menjalani ujian pap smear tahunan.

Tidak lama selepas itu, Fox disahkan pula menghidap kanser vulva sebelum diagnosis kanser serviks pada tahun 2019.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami hilang ‘rasa’ sejak isteri hidap kanser, punya benci siap campak pakaian dari balkoni! Bawa bini muda duduk bersama

Dua tahun lalu, dia sekali lagi diuji apabila disahkan menghidap kanser dubur.

Sejak itu, Fox menjalani pelbagai rawatan intensif termasuk pembedahan membuang rahim serta prosedur lain bagi menyingkirkan sel kanser dan pra-kanser.

Kisah mengenai wanita itu meraih perhatian ramai dan menjadi peringatan tentang kepentingan saringan kesihatan dan perlindungan awal, termasuk vaksinasi.

Untuk rekod, kejadian ini berlaku di Florida, Amerika Syarikat.

Fox merupakan seorang guru dan ibu kepada empat cahaya mata. -Agensi.

 

Artikel Lain