Bekas pegawai polis mempunyai skandal dengan isteri orang dikenakan tindakan tatatertib. -Gambar hiasan AI
TINDAKAN seorang pegawai polis mengugut suami kekasih gelapnya membawa padah apabila gaji bulanannya dipotong sebanyak 10 peratus selama enam bulan.Suspek dilaporkan membuat ugutan itu selepas hubungan terlarang mereka terbongkar dan diketahui oleh lelaki berkenaan. Berang dengan kecurangan mereka sejak Julai lalu, mangsa kemudiannya memfailkan penceraian terhadap isterinya.Namun, suspek bersama wanita itu didakwa berpakat menakut-nakutkan mangsa dengan mengacukan pisau ke arah lelaki itu dengan tujuan memaksanya menarik balik permohonan cerai yang difailkan.Mangsa bagaimanapun tidak terpedaya dengan ugutan tersebut sebaliknya membuat laporan polis terhadap suspek dan isterinya.Susulan itu, suspek dikenakan tindakan tatatertib apabila gajinya dipotong sebanyak 10 peratus selama enam bulan bermula 12 Mac lalu.Suspek kemudian meletakkan jawatan secara sukarela pada hari sama.Bagaimanapun, kesnya tidak terhenti di situ apabila ia dirujuk kepada pendakwa raya selepas disyaki melanggar undang-undang berkaitan senjata api dan tajam.Kejadian dilaporkan berlaku di Fukuoka, Jepun. -Agensi