suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak lelaki baru lepas solat dihempas ke dalam longkang, keluarga suspek beri alasan mangsa terjatuh ketika main kriket

Perbuatan suspek dirakam CCTV lokasi berhampiran.

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun pengsan selepas diangkat dan dihempas ke longkang konkrit oleh seorang lelaki.

Lebih menambah rasa pilu apabila insiden tersebut berlaku selepas mangsa dipercayai baru selesai menunaikan solat di sebuah masjid sebelum bermain kriket bersama beberapa rakan di kawasan sekitar.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Wazirganj di Lucknow, India itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Berdasarkan laporan, insiden tersebut berlaku pada 20 Februari lalu, namun rakaman tersebut hanya tular baru-baru ini.

Menerusi rakaman tular, seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun dilihat tiba di lokasi kejadian dan mencengkam leher mangsa.

Mangsa kemudiannya diangkat tinggi sebelum dihempas ke laluan konkrit berhampiran longkang.

Akibat tindakan itu, mangsa pengsan serta-merta di tempat kejadian manakala suspek dilihat berlalu pergi tanpa menunjukkan sebarang rasa bersalah.

Sejurus selepas kejadian, bapa saudara suspek dikenali sebagai Rashid membawa mangsa pulang ke rumah dan memberitahu keluarga kanak-kanak itu mangsa pengsan selepas terjatuh ketika bermain.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital dan dinasihatkan mendapatkan rawatan pakar bedah saraf sebelum turut menjalani pemeriksaan lanjut di sebuah hospital swasta di Indiranagar.

Bagaimanapun, kanak-kanak lain yang berada di lokasi kejadian memaklumkan kepada keluarga mangsa dia sebenarnya sengaja diangkat dan dihempas ke tanah oleh suspek.

Keluarga mangsa kemudian membuat laporan di balai polis Wazirganj dan polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu. -Agensi

Artikel Lain