suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Simpan dendam isu perkahwinan, wanita warga emas tikam pasangan suami isteri di hotel

Tikaman tersebut terkena mata mangsa wanita. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berusia 58 tahun ditahan polis selepas disyaki menikam pasangan suami isteri ketika mereka sedang makan malam di sebuah hotel.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 9.30 malam di sebuah restoran yang terletak di tingkat satu sebuah hotel di daerah Shinjuku, Jepun.

Berdasarkan laporan, suspek yang dikenali sebagai Aiko Kobayashi dipercayai menyerang mangsa menggunakan pisau yang dibawanya sendiri.

Tindakannya itu membuatkan dia ditahan oleh kenalan lain pasangan tersebut yang turut berada di lokasi kejadian.

Menurut polis, mangsa wanita berusia lingkungan 40-an mengalami kecederaan pada bahagian mata kanan dan kedua-dua bahu, manakala suaminya yang berusia lingkungan 50-an mengalami kecederaan ringan.

Ketika disoal siasat, suspek mengakui menikam kedua-dua mangsa namun mendakwa dia tidak mengingati punca tindakannya.

Dalam pada itu, siasatan awal polis mendapati ketiga-tiga individu itu mempunyai sejarah pertelingkahan berkaitan hubungan perkahwinan. -Agensi

Artikel Lain