Intan membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas diperdaya dengan inidvidu dikenali sebagai Rey. -Gambar Kompas
MALAM pertama yang sepatutnya menjadi indah bertukar mimpi ngeri buat seorang wanita apabila dia mendapati suaminya seorang perempuan.Rahsia itu terbongkar apabila mangsa, Intan Anggraeni, 28, menyedari kelainan pada fizikal pasangannya sebelum mendapati 'suaminya' itu menggunakan alat sulit palsu untuk mengadakan hubungan intim dengannya. "Saya terus menangis dan melaporkan perkara itu kepada keluarga," katanya.Menurut mangsa, wanita berkenaan sempat berjanji akan menjalani pembedahan menukar jantina namun menghilangkan diri selepas identiti sebenar terbongkar dan diketahui keluarga.Intan dan keluarga kemudiannya membuat laporan polis terhadap pengkid tersebut dikenali sebagai Ray.Menurut laporan, pasangan itu berkenalan pada awal tahun ini sebelum menjalinkan hubungan cinta pada sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari.Sepanjang tempoh perkenalan, mangsa mendakwa tidak mengesyaki apa-apa kelainan kerana penampilan serta suara Rey menyerupai lelaki.Intan mendakwa Rey mengaku berasal dari Jakarta, Indonesia dan pernah berjanji akan memberi kehidupan mewah termasuk membeli rumah, kereta serta majlis perkahwinan di hotel bertaraf lima bintang.Namun majlis perkahwinan mereka yang dijadualkan berlangsung pada 8 April dipercepatkan kepada 3 April atas alasan kecemasan keluarga.Pasangan itu disatukan sebagai 'suami isteri' dalam sebuah acara sederhana tanpa kehadiran keluarga pihak lelaki.Dalam pada itu, ahli keluarga memaklumkan laporan polis turut melibatkan dakwaan pemalsuan dokumen perkahwinan serta penipuan.Ia termasuk kemungkinan pemerdagangan manusia susulan permintaan suspek membuat pasport bagi tujuan ke luar negara.Pihak polis di Malang mengesahkan menerima laporan berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.Mangsa dilaporkan mengalami trauma dan memilih untuk mengambil tindakan undang-undang selepas insiden berkenaan. -Agensi