DUA beranak ditemukan mati dengan beberapa kesan tikaman pada tubuh dalam satu kejadian ngeri di sebuah apartmen di Izumi, Osaka Prefecture, Jepun.Mangsa, Kazuko Murakami, 76, dan anak perempuannya, Yuka Murakami, 41, ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dengan lebih 10 kesan tikaman di bahagian kepala dan leher. Menurut polis, kejadian pada Rabu itu terbongkar selepas seorang saudara lelaki pergi ke kediaman berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah hari selepas menerima panggilan daripada tempat kerja Yuka yang memaklumkan wanita itu tidak hadir bekerja.Susulan itu, dia menemukan kedua-dua mangsa terbaring di lantai dan segera menghubungi talian kecemasan.Berdasarkan laporan, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dipercayai dibunuh sekitar pukul 4 pagi.Kazuko ditemukan di ruang tamu manakala mayat anak perempuannya berada berhampiran dapur.Tiada senjata dijumpai di lokasi kejadian dan pintu masuk rumah didapati tidak berkunci.Rakaman kamera papan pemuka kereta Yuka menunjukkan mangsa pulang ke rumah sekitar pukul 5.40 petang Selasa.Polis turut mengesahkan mangsa bekerja sebagai pekerja sosial.Usaha mengesan senjata pembunuhan masih dijalankan termasuk melakukan pencarian di sebuah kolam berhampiran dengan bantuan dron bawah air, pada Jumaat.Polis juga sedang meneliti rakaman kamera pengawasan di sekitar kawasan tersebut bagi mengenal pasti individu yang mungkin menghampiri kediaman mangsa pada malam kejadian. -Agensi