suria

Lelaki mengamuk dalam balai bomba, cederakan anggota selepas dilarang minum kopi

Seorang lelaki mengamuk selepas dilarang melepak di dalam balai bomba.

SEORANG anggota bomba cedera selepas diserang lelaki yang tiba-tiba mengamuk di sebuah balai bomba pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang, suspek datang ke balai bomba bersama dua individu lain sebelum meminta kebenaran untuk masuk dan minum kopi di situ.

Bagaimanapun, situasi bertukar tegang apabila suspek dipercayai berang selepas ditegur agar tidak membuat kacau, lalu bertindak memaki hamun serta membaling minuman ke arah anggota bertugas.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah pos bomba di Pinang, Tangerang di Indonesia.

Mangsa, dikenali sebagai Hidayat, cuba menenangkan keadaan namun suspek bertindak agresif dengan mengejar dan memukulnya.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami luka di pelipis kiri serta bengkak pada mata sebelum terjatuh.

Mangsa kemudian membuat laporan polis dan mendapatkan rawatan di hospital.

Namun beberapa jam selepas kejadian, keadaannya dilaporkan merosot apabila mengalami loya, telinga berdengung serta muntah.

Kes kini dalam siasatan pihak berkuasa. -Agensi

 

Artikel Lain