suria

Pemuda cool jumpa ‘klon’ walau dalam hati rasa nak balik tukar baju... nama, wajah, kursus pun sama - “Oh tidak kami bukan kembar... saya dah call ibu"

Amirul Hazim Azhari (kiri) dan Amirul Haziq Hilmi (kanan).

“DAH jumpa sorang, ada lagi lima orang kena cari.”

Demikian usikan netizen terhadap seorang pemuda yang secara kebetulan bertemu dengan 'klon'nya sewaktu menghadiri majlis makan malam yang dihadiri pelajar Malaysia di Universiti Quensland, Brisbane, Australia, Sabtu lalu.

Malah kedua-dua pemuda ini disangka adik-beradik kembar oleh segelintir netizen selepas video dimuatnaik Amirul Hazim Azhari mengenai perkara itu menjadi tular di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami rapat tapi masih tahu batas” - Kembar ‘dating’ dilihat over macam bercinta, galak sumbang mahram

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga kembar seiras 'hot' gembira sambut 'birthday' berempat! Kuatnya naluri... demam bersama, seorang dibuli, dua lagi tak sedap hati

Video berdurasi 14 saat dengan kapsyen ‘Bila kau pergi dinner, dapat table sama, jumpa muka sama, baju sama, rambut sama, spec sama… perangai pun sama’ mendapat 17,100 ulang kicau dan 15,900 tanda suka.

Amirul Hazim berkata dia sendiri terkejut dan malu sebaik menyedari ada persamaan antara dirinya dan seniornya, Amirul Haziq Hilmi.

Kedua-dua pemuda ini juga mempunyai nama pangkal dan mengikuti kursus sama di Universiti Queensland, Brisbane, Australia.

“Waktu nak duduk tiba-tiba nampak ada seorang lelaki pakai baju sama macam saya pakai. Masa tu tak perasan muka sama.

“Tapi bila dah duduk satu meja barulah perasan persamaan kami. Rasa malulah juga sebab baju kami pun sama. 

Tapi kami just tegur je antara satu sama lain. Ingatkan muka dan baju kami je sama tapi rupanya pangkal nama dan perangai kami pun sama.

AMIRUL HAZIM AZHARI

“Mula-mula tu ingat nak balik tukar baju tapi saya buat cool je sebab ada kena buat persembahan malam tu,” katanya kepada mStar.

Jelas pemuda berusia 23 tahun itu, mereka berdua tidak berkawan rapat tetapi pernah bertemu sebelum ini kerana belajar di universiti yang sama.

“Ini kiranya kali kedua kami bertemu. Sebelum ini saya pernah jumpa dia sekali masa main futsal bulan Ogos lalu.

Amirul Hazim (lima dari kiri) bersama rakan-rakan sewaktu majlis malam pelajar Malaysia di universitinya.

“Tapi kami just tegur je antara satu sama lain. Ingatkan muka dan baju kami je sama tapi rupanya pangkal nama dan perangai kami pun sama.

“Nama dia pun mula dengan Amirul. Dia juga ambil jurusan Kejuruteraan Elektrik tapi bezanya dia senior saya. 

“Perangai pun sama sebab dalam video tu boleh nampak dia macam happening je. Saya pun tak terfikir dia akan respons macam tu,” katanya.

Mengenai usikan netizen yang menganggap mereka sebagai kembar terpisah, Amirul Hazim menafikan perkara itu.

Komen netizen terhadap posting Amirul Hazim.

“Oh tidak... kami bukan kembar. Saya dah call ibu. Waktu tu ibu guraulah cakap ‘ada kot’.

“Saya pun tak ambil serius perkara tu dan anggap persamaan kami sebagai satu kebetulan,” kata anak kedua daripada tujuh beradik itu.

Sementara itu, pemuda berasal dari Ampang, Selangor itu berkata dia tidak menduga video yang dikongsinya di Twitter itu akan mencuri perhatian ramai.

“Saya memang tak expect video tu akan viral. Saya post pun untuk suka-suka sebab rasa macam kelakar,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
klon, kembar, Amirul

Artikel Lain