Gadis keliru, perlukah tinggalkan bakal tunang demi crush zaman sekolah? - “Selangkah lagi nak bina masjid” - Viral | mStar

Gadis keliru, perlukah tinggalkan bakal tunang demi crush zaman sekolah? - “Selangkah lagi nak bina masjid”

Menurut luahan gadis itu, dia kini keliru untuk memilih antara dua jejaka berkenaan. (Gambar Hiasan).

MENJADI lumrah dalam percintaan, ada kalanya gelora datang melanda.

Begitulah yang dapat menggambarkan situasi dihadapi seorang gadis seperti mana yang diluahkan menerusi Twitter.

Menurut Yaya, hubungan enam tahun dia dengan teman lelakinya mula goyah apabila dia bertemu semula dengan crush zaman sekolahnya baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersahabat 10 tahun, bakal pengantin terpaksa dibedah sebulan sebelum majlis kahwin - “Dah ambil baju nikah, tinggal nak sanding saja”

ARTIKEL BERKAITAN: Teman lelaki online rupanya abang sendiri, pemuda ini teruk dikecam mainkan perasaan adik

Mengakui keliru, dia berharap ada pelayar Twitter yang boleh memberi pendapat mengenai situasi itu.

"Saya dan teman lelaki hampir enam tahun bercinta dan saya baru je jumpa kakak teman lelaki saya.

"Mereka bincang untuk datang rumah saya dan bertunang tahun depan bulan Januari.

Luahan gadis itu disiarkan menerusi Twitter @twt_cinta.

"Tapi baru-baru ni saya jadi dulang girl untuk rakan sekolah dan masa ni jadilah reunion dengan kawan sekolah yang lain.

"Dan cuba teka? Tiba-tiba seseorang yang dulu minat saya masa sekolah mula mendekati dan dia mengaku masih minat saya," tulis gadis itu.

Tambahnya, lelaki itu turut mengakui perasaannya masih utuh biarpun sudah lapan tahun mereka meninggalkan alam persekolahan.

Luahan itu dikongsi menerusi Twitter @twt_cinta dan menerima pelbagai maklum balas netizen.

Antara komen netizen berhubung luahan gadis itu.

Selain memberi pendapat yang rasional beserta nasihat, tidak kurang juga netizen yang mencerca gadis itu.

"Baru kena usik sikit, dah gelabah tak tahu nak yang mana.

"Sis, anggap ja crush you dulu tu dugaan untuk you. You nak bertunang kan, selangkah lagi nak bina masjid. You rugilah tinggal bakal suami hanya untuk crush yang belum tentu akan lamar you as a wife. Think.

"Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran sis. Remember, in 8 years tu dulu you nampak dia baik, tapi sekarang kita tak tahu. Dah kenal tunang 6 tahun kan? Depan mata kan? Ha fikir la sendiri.

"Kalau tak tahu nak pilih siapa bila suka dua orang dalam satu masa, pilih yang kedua. Sebab kalau kau sayang yang pertama, takkan ada yang kedua," tulis beberapa netizen.

keliru , bakal tunang , teman lelaki , orang ketiga

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain