“Bapa yang hebat tak perlu menunjukkan betapa sado otot mereka” - Laman FB kesihatan tegur aksi hand stand bayi, netizen ‘serang’ pelakon - Viral | mStar

“Bapa yang hebat tak perlu menunjukkan betapa sado otot mereka” - Laman FB kesihatan tegur aksi hand stand bayi, netizen ‘serang’ pelakon

Berdasarkan komen-komen di Facebook Public Health Malaysia, ramai yang tidak setuju aksi 'hand stand' dilakukan kepada bayi.

SELEPAS pelakon Hairul Azreen bertindak memadam teguran yang diberikan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berhubung aksi ‘hand stand’ terhadap bayinya yang berusia lima bulan, terbaharu satu info grafik yang dikeluarkan Public Health Malaysia (PHM) pula mencuri tumpuan umum.

Info grafik yang dikeluarkan laman advokasi kesihatan itu dengan tajuk besar ‘Aksi mengundang padah, anak bukan sarkas’ menerangkan mengenai betapa bahayanya aksi mendirikan bayi di atas tapak tangan sebagaimana yang dilakukan pelakon popular itu.

Menurut info tersebut, aksi ‘hand stand’ boleh menyebabkan kecederaan yang serius kepada kepala bayi sekiranya terjatuh kerana jisim kepala yang lebih besar akan mendorong bayi jatuh dalam keadaan menjunam.

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi Hairul Azreen dirikan anak hanya undang padah, padam teguran Dr Sheikh Muszaphar - “Saya sekadar nasihat agar orang ramai tak ikut”

“Bapa yang hebat, tidak perlu menunjukkan betapa sado otot mereka. Cukup dengan melindungi dan menjaga keselamatan anak,” tulis PHM pada info grafik tersebut.

Info grafik tersebut turut dikongsi oleh doktor terkenal, Dr Amalina Che Bakri di Twitter beliau.

Perkongsian doktor tersebut meraih lebih 25,000 perkongsian selain dihujani ribuan komen netizen yang rata-ratanya menyelar tindakan pelakon lelaki tersebut.

Sementara itu, posting PHM di laman Facebook mereka pula mendapat sehingga 4,500 perkongsian.

Info grafik yang dimuat naik di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM) mengenai risiko aksi 'hand stand'.

Di laman komen, rata-rata netizen meluahkan perasaan lega selain menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak berwajib kerana mengambil inisiatif memberikan informasi mengenai aksi yang dianggap ‘cool’ itu.

Namun tidak kurang juga ada netizen menggunakan medium komen di Facebook PHM itu untuk melepaskan rasa geram mereka terhadap Hairul Azreen, lebih-lebih lagi selepas tindakannya memadam komen berunsur teguran oleh Dr Sheikh Muszaphar.

“Doktor tu tak ada masa nak menyibuk pasal hal kau tapi dia concern pasal anak kau. Iyalah belum nak jatuh sebab malaikat lindung. Kalau tiba-tiba Allah nak tunjuk sebab kau bongkak, tiba-tiba anak kau jatuh kepala pecah berderai lepas itu kau nak buat apa?” tulis seorang netizen.

Antara komen netizen yang menyelar pelakon lelaki tersebut. 

Sementara itu, ada juga juga netizen yang menyarankan agar pasangan pelakon itu mempelajari ilmu keibubapaan selain mengambil teguran pengamal perubatan dengan berlapang dada.

“Nak beranak bukan senang,” tulis seorang netizen.

Terdahulu, aksi pelakon berkenaan yang mendirikan bayinya berusia lima bulan di atas telapak tangannya mendapat teguran Dr Sheikh Muszaphar.

Menulis di ruangan komen di laman sosial pelakon itu, Dr Sheikh Muszaphar berkata aksi itu akan membuatkan lutut bayinya bengkok memandangkan masih belum sampai masa untuk berdiri.

“Sebab itu bayi hanya akan bersedia untuk berdiri dengan sendiri apabila otot dan tulangnya sudah cukup kuat,” tulis doktor yang juga Angkasawan negara itu.

Bagaimanapun, komen itu telah ‘hilang’ di ruangan komen, dipercayai dipadam Hairul Azreen. 

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain