suria

Pelajar XXL confident tayang badan persis model profesional – “Kalau tak murung, bukanlah manusia”

Ali memuat naik gambar-gambarnya yang tidak berbaju sehingga mendapat pujian warganet di atas keyakinannya yang tinggi. Foto ihsan Ali Imran Eaide Jasli

SEORANG pemuda menjadi perhatian selepas memberi respons kepada video berdurasi 25 saat di laman sosial menunjukkan seorang lelaki berbadan sado di gim.

Bukan berbadan sado, jauh sekali mempunyai ketulan otot kekar di perut atau six pack, pemuda ini sebaliknya begitu yakin mempamerkan badannya yang gemuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Video 25 saat tunjuk six pack bawa padah, pemuda jadi mangsa body shaming – “Perempuan Melayu tak suka orang lain tengok boyfriend mereka”

ARTIKEL BERKAITAN: “OK lah ni, awak pun gemuk sangat” - Jawapan riang tukang jahit selepas baju pelanggan dijahit bersayap, rosak kain pemberian ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Macam Blackpink! Viral pelajar comel buat 'show' eksklusif di sekolah, "Saya hanya berlatih 2 jam"

Beberapa gambarnya tidak berbaju dengan gaya bersahaja persis model profesional dimuatnaik sehingga mendapat pujian warganet kerana tahap keyakinannya yang begitu tinggi.

“Kerana orang gemuk juga boleh tunjuk sebahagian badan, kenapa tidak?” menurut perkongsian pemuda itu di laman sosial Twitter.

Perkongsian Ali di laman sosial meraih perhatian warganet.

Pemuda berkenaan, Ali Imran Eaide Jasli berkata, gambar-gambar tersebut dikongsikannya bagi menunjukkan individu berbadan besar juga mempunyai keyakinan sebagaimana orang lain terutama yang berbadan sado.

Malahan, pelajar berusia 19 tahun itu memberitahu, foto tersebut dirakamkan semasa menjadi pembantu jurugambar sambilan pada awal tahun ini.

“Masa tu berat saya 142 kilogram... berat badan saya yang paling berat. Semasa bekerja di studio fotografi, saya secara spontan minta aksi saya dirakamkan.

“Dulu saya selalu tak yakin bila cuba baju, lebih-lebih lagi kalau tengok orang lain yang nampak elok dengan baju yang dipakainya,” katanya kepada mStar.

Gaya Ali persis model profesional.

Mengakui pernah mengalami fasa kemurungan dan kerisauan disebabkan saiz dan bentuk badannya, Ali yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor itu menganggap ia adalah normal bagi individu berbadan gemuk seperti dirinya.

“Bagi saya, adalah normal untuk melalui kemurungan. Sebab kalau tak murung, bukanlah manusia namanya. Anda akan rasa macam alien kalau tak ada perasaan.

“Tapi penting juga bagaimana kita menangani perasaan itu. Saya cakap pada diri sendiri... Ali, kamu perlu melakukan sesuatu yang hebat dan menggembirakan,” ujarnya. 

Ali pernah melalui fasa kemurungan kerana saiz badannya.

Pelajar Diploma Teknologi Percetakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Puncak Alam, Selangor itu menjadikan Instafamous antarbangsa, Bretmanrock sebagai inspirasi untuk menjadi lebih yakin dengan apa jua bentuk badannya.

Walaupun mencemburui golongan berbadan kurus dan sado, namun bentuk badan sedemikian bukanlah menjadi misi utama anak sulung daripada empat beradik itu.

Bagi saya, adalah normal untuk melalui kemurungan. Tapi penting juga bagaimana kita menangani perasaan itu. 

ALI

“Siapa yang tak mahu kelihatan kurus atau berbadan sado. Tapi misi utama saya adalah mahu menurunkan berat badan untuk lebih senang memilih baju, tak kisahlah masih berbadan besar,” katanya.

Namun tanpa disangka-sangka, Ali memberitahu berat badannya mencatatkan penurunan sejak menyambung pengajian di universiti pada Julai lalu.

Misi utama Ali adalah untuk menurunkan berat badan.

“Dari yang paling berat 142kg, sekarang berat badan saya 134kg... turun 8kg. Mungkin sebab saya terlalu sibuk dengan kelas dan tugasan, perlu membiasakan diri dengan persekitaran baharu,” katanya.

Ali yang bercita-cita untuk menjadi pereka grafik berkata, tidak perlu memaksa diri sendiri untuk mencapai sesuatu matlamat tanpa mengambil kira kemampuan diri.

“Jangan paksa diri untuk berubah semata-mata orang lain mengutuk bentuk badan anda. Berubahlah kepada yang lebih baik demi kepuasan diri sendiri,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
gemuk, six pack, murung, UiTM, alien, Bretmanrock, sado

Artikel Lain