suria

Macam Blackpink! Viral pelajar comel buat 'show' eksklusif di sekolah, "Saya hanya berlatih 2 jam"

Kelincahan Syazwan menari lagu kumpulan Kpop, Blackpink sempena sambutan Hari Guru di sekolah menarik perhatian ramai. Foto ihsan Muhammad Syazwan Afnan

SAMBUTAN Hari Guru di sebuah sekolah gamat dengan keriuhan pelajar menyaksikan persembahan berlatarkan lagu kumpulan K-Pop terkenal, Blackpink.

Menerusi satu video yang tular, seorang pelajar ligat menari mengikut rentak single terbaharu berjudul Kill This Love, dengan gerak tari yang cukup tajam.

Pelajar berkenaan, Muhammad Syazwan Afnan, 16, mengakui merupakan peminat Blackpink sejak kumpulan K-Pop itu muncul menerusi single pertama mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Duet dengan Sarah Suhairi, selamba minta Caliph Buskers ‘D Minor’… pelajar ini sebenarnya bukan biasa-biasa, dapat peluang ke kejohanan dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Terkejut orang Korea tengok gadis Malaysia busking di Seoul, "dia terpegun dan kata 'daebak'..." 


Kumpulan Blackpink sewaktu mengadakan konsert di Stadium Tertutup Melawati di Shah Alam, Februari lalu. Foto YG Entertainment

Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle Klang itu, tarian itu dilakukan secara spontan pada Hari Guru yang diadakan di sekolahnya pada Khamis.

“Sehari sebelum itu (Rabu), cikgu ada beritahu kami di kelas sesiapa yang berminat untuk buat persembahan Hari Guru kena tulis nama. Saya tak nak masuk sebab malu.

“Tapi esoknya, kawan-kawan jerit nama saya dan paksa buat persembahan. Mereka siap pujuk cikgu agar saya diberikan peluang untuk buat persembahan,” katanya kepada mStar.

Syazwan bernasib baik apabila guru memberi lampu hijau untuk membuat persembahan, dan meminta pengurus pentas memainkan lagu Blackpink.

Syazwan berpeluang menyaksikan konsert Blackpink.

Mengakui berasa begitu gemuruh di awal persembahan tarian, tetapi lama-kelamaan anak kedua daripada lima beradik itu semakin teruja.

“Sebenarnya, ini bukan pertama kali saya menari depan ramai orang. Tahun lalu, saya menari lagu kumpulan Kpop, BTS semasa Hari Anugerah Kecemerlangan di sekolah,” ujarnya yang paling meminati anggota kumpulan Blackpink, Rose.

Saya pernah kena body shaming . Mereka kata kalau badan besar, tak payah nak tunjuk pandai menari. Tapi saya tak kisah apa mereka kata.

SYAZWAN

Pemuda yang mendapat gelaran sebagai ‘Blackpink La Salle’ itu juga bertuah kerana menjadi antara 8,000 penonton yang ‘histeria’ menyaksikan Konsert Blackpink In Your Area Kuala Lumpur di Stadium Tertutup Melawat di Shah Alam, Februari lalu.

Syazwan hanya berlatih gerak tari lagu Kill This Love selama dua jam menerusi YouTube.

Menurut Syazwan, dia mula memasuki kelas menari sejak November tahun lalu tetapi tidak pernah berlatih dengan lagu-lagu K-pop di dalam kelas.

“Saya berlatih gerak tari lagu Kill This Love dengan menonton muzik video Blackpink di YouTube. Hanya berlatih step selama dua jam di dalam bilik.

“Tapi semalam adalah pertama kali saya buat persembahan dengan lagu ni di khayalak ramai,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi seorang guru.

Syazwan meminati Blackpink sejak kemunculan single pertama kumpulan Kpop itu.

Dalam pada itu, Syazwan yang turut meminati penyanyi tempatan, Sarah Suhairi meluahkan dirinya pernah dihina kerana bentuk badannya yang bersaiz besar.

“Saya pernah kena body shaming . Mereka kata kalau badan besar, tak payah nak tunjuk pandai menari. Tapi saya tak kisah apa mereka kata.

“Ia sebenarnya buat saya lebih yakin. Saya nak ubah pemikiran mereka mengenai orang berbadan besar seperti saya juga serba boleh,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Kpop, La Salled, body shaming, Blackpink, BTS

Artikel Lain