suria

Dulu dikecam, pendakwah buat 'comeback' selepas lama menyepi... “media sosial macam awkward”

Ad-Dien menyahaktifkan akaun Twitter miliknya pada hujung tahun lalu.

PENDAKWAH popular Ustaz Ad-Dien yang menyahaktifkan akaun Twitter miliknya pada Disember lalu kembali aktif di platform itu sejak awal minggu ini.

Ad-Dien atau nama sebenarnya, Mohamad Dhiyauddin Abdul Kadir memuat naik satu tweet pada Isnin lalu sebelum membuat pengumuman secara rasmi pada Rabu.

"Salam, hai. Apa khabar? Ya, saya kembali. Saya tak ada alasan kukuh kembali di sini sebab dah selesa tanpa media sosial selepas lama mendiamkan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendakwah bawa diri selepas dihentam, dia tak minta dipanggil 'ustaz' - Adik
ARTIKEL BERKAITAN: 
Pendakwah difitnah hina Islam, tak patah semangat teruskan dakwah

"Sejujurnya, saya rasa macam janggal dan Twitter dah lain. Dah macam Narnia kena sumpahan winter. Terlalu banyak kebencian dan pergaduhan. Apa yang jadi di sini?," tulis pendakwah itu.

Ad-Dien memiliki lebih 100,000 pengikut di laman Twitter.

Tweet itu menerima lebih 8,300 ulang kicau (Retweet) dalam tempoh kurang 24 jam selepas ia dimuat naik.

Dalam pada itu, rata-rata pelayar Twitter turut membanjiri posting itu dan menyuarakan rasa gembira dengan kemunculan semula Ad-Dien.

"SubahanAllah. Ibarat watak legenda yang dah lama menghilang kini muncul kembali. Assalamualaikum ustaz," tulis @mambangmajnun.

Paparan skrin tweet Ad-Dien yang mengumumkan 'comeback' di laman Twitter.

"Waalaikumussalam ustaz, selamat kembali. Alhamdulillah, boleh rujuk ustaz semula untuk sebarang persoalan berkaitan Islam," tulis @h4iq4l.

"Ustaz tolong redakan kesesatan dekat twitter yang makin melarat ni ustaz dan welcome back," tulis seorang lagi individu.

Menerusi laporan mStar pada 1 Januari lalu, pendakwah itu menyahakfitkan akaun Twitter miliknya setelah menjadi mangsa buli siber dan dituduh tidak layak berbicara hal agama kerana turut membicarakan topik mengenai games dan muzik di platform itu.

Tweet terakhir Ad-Dien pada 24 Disember diikuti Tweet terbaharu pada Isnin lalu sebelum pengumuman 'comeback' pada Rabu.

Ad-dien terkenal dalam kalangan pengguna Twitter kerana rajin menjawab soalan netizen yang keliru dengan perkara berkaitan hukum.

Sewaktu menghilangkan diri seketika dari laman sosial, Ad-Dien pulang ke kampung halamannya di Temerloh, Pahang.

Dia memiliki 143,000 pengikut di platform media sosial itu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain