suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akhirnya! Rody Kristal senyum lebar, isteri disahkan hamil anak perempuan

Rody bakal menimang cahaya mata perempuan.

ISTERI kepada gitaris utama kumpulan Kristal, Rody iaitu Niena Azman berkongsi khabar gembira mereka bakal menimang cahaya mata perempuan selepas memiliki tiga anak lelaki sebelum ini.

Niena meluahkan rasa syukur apabila penantiannya bersama suami, Rody atau Mohd Rodi Baharudin, 40, untuk menyambut kehadiran puteri dalam keluarga mereka akhirnya dimakbulkan.

“Akhirnya, anak perempuan! Gementar sangat-sangat. Patutlah kehamilan kali ini berbeza daripada sebelum ini. Semuanya rasa berbeza, semuanya terbalik. Tak mahu pergi gelanggang dan padang.

Seluruh keluarga Rody tidak sabar untuk menunggu kelahiran cahaya mata tersebut. 

“Siapa sangka, Encik Mi tersenyum lebar sepanjang malam. Dari pagi sampailah saat doktor mengesahkan bayi perempuan, dia memang tidak duduk diam!

“Kali ini pasti akan berbeza kan? Sebab penjagaan bayi perempuan mesti lain. Kasih sayang dan pengalaman yang lain, sudah tentu tahap perlindungan yang berbeza daripada ayahnya nanti,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Jumaat. 

Bercerita lanjut, Niena mendedahkan perubahan sikap anak ketiganya, Carliff yang kebelakangan ini semakin manja dan kerap meragam rupa-rupanya petanda awal bakal berkongsi kasih sayang dengan seorang adik perempuan.

“Patutlah Carliff buat hal kebelakangan ini. Makin melekat (clingy), makin meragam.

ARTIKEL BERKAITAN: Rody Kristal balas kenyataan Lan Solo, tiada masalah berkawan tapi bukan bekerjasama

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya dah rendahkan ego" - Lan Solo akur Rody Kristal beri respons dingin, hasrat jernihkan hubungan tak kesampaian

“Rupanya dia pun sudah boleh rasa sesuatu bakal berubah. Dia tahu sudah mahu ada puteri yang bakal tiba dan selepas ini perhatian mommy kena berkongsi,” ujarnya.

Niena turut berharap proses kehamilannya dipermudahkan sehingga hari kelahiran kelak untuk diperkenalkan kepada tiga abangnya.

“Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami dan doa semua yang turut mendoakan kami. Terima kasih untuk setiap doa, kata-kata baik dan kasih sayang yang anda kirimkan buat keluarga kecil kami.

Rody dan Niena kini mempunyai tiga cahaya mata lelaki. 

“Keluarga kami yang berlima bakal menjadi enam orang. Selamat datang ke dunia yang kami persiapkan untuk awak, puteri kecilku. 

“Mommy, dada dan abang-abang tidak sabar mahu berjumpa. Alhamdulillah untuk rezeki yang indah ini, aturan Allah sentiasa tepat pada waktunya,” katanya.

Untuk rekod, Rody dan Niena mendirikan rumah tangga pada 27 April 2018. 

Hasil perkongsian hidup tersebut,pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Adithya Jabbar, 7, Barie Habibullah, 6 dan Carliff Faithullah, 2 tahun. 

Artikel Lain