suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] “Saya ada tauliah mengajar sejak 2020“ - PU Riz tersinggung kelayakan agama jadi pertikaian

PENDAKWAH bebas, PU Riz mengakui terkilan apabila kelayakan akademik dan tauliah mengajarnya dipersoalkan sehingga sedikit sebanyak menjejaskan emosi.

PU Riz atau Haris Ismail, 31, berkata, dia sudah mempunyai tauliah mengajar agama sejak 2020, selain pernah menerima pentauliahan daripada beberapa negeri lain, termasuk Sarawak, Kelantan, serta tauliah ceramah umum di Kuala Lumpur yang sah. 

Kata Haris, dia juga baru sahaja menamatkan pengajian peringkat Sarjana Pengajian Islam di Open University Malaysia (OUM) minggu lalu.

Riz tersinggung digelar 'penunggang' agama.

“Saya sebenarnya sudah mempunyai tauliah mengajar agama sejak 2020. Kedua, berhubung persoalan kelayakan pendidikan, ada juga pihak menulis pelbagai perkara sehingga sedikit sebanyak menyentuh perasaan saya.

“Untuk pengetahuan, saya pernah melanjutkan pengajian di Mesir sebelum menyambung pengajian peringkat ijazah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Alhamdulillah, minggu lalu saya juga baru sahaja menamatkan pengajian Sarjana Pengajian Islam di Open University Malaysia (OUM). Jadi, saya berharap selepas ini tidak timbul lagi persoalan mengenai kelayakan pendidikan mahupun tauliah dimiliki,” katanya kepada media.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemfitnah gelar suami Neelofa ‘penunggang‘ agama, PU Riz sudah hantar notis tuntutan

ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz nafi tiket wayang ganti bayaran peserta... “Kami mahu selesaikan dengan telus dan adil“

Haris berkongsi perkara itu pada sidang media khas yang diadakan di pejabat Faizal & Co, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat. 

Dalam pada itu, Haris berkata dia tidak mempunyai masalah sekiranya penyampaian tazkirahnya dikritik atau tidak dipersetujui oleh sesetengah pihak.

Bagaimanapun, dia berharap orang ramai dapat membezakan antara kritikan terhadap penyampaiannya dengan persoalan mengenai kelayakan pendidikan yang sudah diusahakannya selama ini.

Riz bersama peguamnya buat sidang media untuk saman pemfitnah.

“Saya sebenarnya sedih dengan perkara ini. Apabila kita memberikan tazkirah kepada orang ramai, saya rasa tidak salah jika ada pihak mahu mengkritik. Itu tidak menjadi masalah mungkin mereka tidak bersetuju dengan apa yang saya sampaikan.

“Namun, apabila perkara itu melibatkan kelayakan pendidikan, saya berharap mereka dapat menghormati usaha serta perjalanan saya dalam menuntut ilmu.

“Saya minta maaf kerana membangkitkan perkara ini, tetapi saya berharap isu berkenaan tidak lagi diperbesarkan. Pada awalnya, saya tidak begitu terasa tapi apabila berterusan menerima pelbagai kata-kata sedemikian, lama-kelamaan perkara itu mula menyakitkan hati,” ujarnya.

Pada Jumaat, Haris yang diwakili peguam Faizal Rahman mengambil mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didakwa memfitnahnya menerusi satu hantaran di platform media sosial, Threads.

Tindakan itu diambil susulan individu berkenaan didakwa melabelkan Haris sebagai ‘penunggang agama’, sekali gus menjejaskan reputasinya sebagai pendakwah yang mempunyai kelayakan serta tauliah mengajar agama.

Artikel Lain