PELAKON Julia Farhana mendedahkan proses permohonan perceraian dengan suami, Dr Che Muhammad Hafiz kini sudah selesai didokumentasikan dan bakal dibawa ke mahkamah pada pertengahan November depan.Julia atau nama sebenarnya Julia Farhana Marin, 32, menjelaskan kelewatan tersebut berlaku berikutan komitmen kedua-dua pihak yang sedang sibuk menduduki peperiksaan dan melanjutkan pelajaran. Menurut Julia, pihak peguam telah pun melengkapkan segala prosedur pemfailan dan mereka kini hanya menanti tarikh perbicaraan rasmi untuk melangkah ke mahkamah.Hafiz dan Julia kini sedang sibuk melanjutkan pelajaran.“Alhamdulillah, semua dokumen kami sudah lengkap dan peguam pun sudah selesaikan urusan pemfailan. Saya juga sudah menerima tarikh dan insya-Allah kami akan mulakan prosiding pada pertengahan November ini.“Bukanlah kami sengaja melambat-lambatkan proses, tetapi sebenarnya kami berdua sedang menduduki peperiksaan dan sibuk belajar ketika itu. Disebabkan itulah berlaku sedikit kelewatan.“Namun alhamdulillah semuanya sudah selesai dan sekarang hanya menunggu tarikh untuk hadir ke mahkamah,” katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya akan failkan cerai“ - Julia Farhana dedah hampir setahun renggang, sepakat berpisahARTIKEL BERKAITAN: "Jangan hakimi saya" - Julia Farhana tiada komen, ada sebab ambil keputusan buka tudungMengulas mengenai jangkaan terhadap proses tersebut, Julia berharap segala urusan dapat diselesaikan secara harmoni dan matang memandangkan keputusan berkenaan dicapai atas persetujuan bersama.“Harapan saya semoga segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Hubungan saya dengan Hafiz juga baik dan kami masih boleh berkomunikasi dengan elok. Kami tidak mempunyai anak, jadi saya jangka proses ini akan berlangsung dengan lancar kerana ia adalah keputusan bersama dan bukan dibuat sebelah pihak.“Setakat ini keadaan saya baik-baik sahaja. Saya mengambil masa secukupnya untuk berehat dan berfikir semasak-masaknya.“Keputusan ini bukanlah dibuat secara terburu-buru dalam sehari dua, sebaliknya kami sudah bincangkan sejak tahun lepas lagi,” jelasnya.Disoal mengenai punca sebenar perpisahan termasuk spekulasi kewujudan orang ketiga, Julia memilih untuk tidak membuat sebarang kenyataan secara berseorangan bagi menghormati status Hafiz sebagai suami.Julia tidak mahu mendedahkan punca sebenar perceraian. “Sejujurnya tidak adil untuk saya bercakap seorang diri mengenai punca perpisahan. Lebih baik jika saya dan Hafiz memberikan penjelasan bersama kerana apa sahaja kenyataan daripada pihak saya boleh disalah tafsir.“Demi menghormati bakal bekas suami, saya rasa tidak perlu untuk saya menjelaskan apa-apa kerana apa yang orang mahu katakan atau spekulasikan, saya tidak mampu halang.“Jika saya keluarkan kenyataan, pasti akan timbul kenyataan susulan daripada pihak lain pula. Jadi lebih baik kami kunci mulut melainkan jika kami bersedia menjelaskannya bersama-sama,” ujarnya.Untuk info, Julia dan Hafiz mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2022.