PELAKON Julia Farhana mendedahkan bakal memfailkan perceraian terhadap suaminya Dr Che Hafiz selepas hampir setahun membawa haluan masing-masing.Julia atau nama sebenarnya Julia Farhana Marin, 32, berkata, perkara tersebut masih lagi dalam proses perbincangan dan penyediaan dokumentasi berikutan jadual kerjaya yang padat. “Saya sudah tidak berjumpa dengan dia selama tujuh bulan. Jadi saya rasa memang sudah hampir setahun kami berpisah dan Ju akan memfailkan perceraian.Julia dan suami (kiri) sudah setahun membawa haluan sendiri.“Proses ini masih berjalan sebab urusan surat-menyurat agak banyak, ditambah pula saya tiba-tiba sibuk dengan penggambaran."Ya, saya akan failkan perceraian,” katanya kepada mStar. Julia berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Astro 30 Thank You Malaysia di TGV Pavillion Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Khamis. Mengulas lanjut, Julia berkata perpisahan tersebut berlaku secara baik tanpa sebarang perbalahan atau pergaduhan antara kedua-dua belah pihak.ARTIKEL BERKAITAN: Tekanan Dipercayai Punca Jonghyun Bunuh DiriARTIKEL BERKAITAN: Nampak perut makin boroi, peminat pertikai penampilan Taemin SHINee“Tak ada perbalahan, saya rasa kami berdua bersetuju ini adalah keputusan bersama dan kami okey serta kekal profesional. “Cuma sekarang ini sedang menunggu proses mahkamah sahaja. Secara teknikalnya dia masih suami saya.“Keputusan ini adalah muktamad dan saya sangat berharap dia dapat memberikan kerjasama yang baik supaya kami boleh teruskan perjalanan hidup,” ujarnya.Julia merahsiakan status perkahwinannya sebelum ini daripada semua termasuk keluarga.Dalam pada itu, Juliana mendedahkan bahawa dia melalui fasa sukar ini seorang diri tanpa pengetahuan keluarga.“Sejujurnya keluarga saya sampai sekarang belum tahu lagi. Mereka cuma dengar khabar angin dan tengok daripada media sosial. “Saya juga sudah lama tidak berjumpa atau bercakap dengan keluarga dia. Saya lalui semua ini seorang diri sahaja.“Saya tak tahu dari mana datang kekuatan itu, tetapi sejujurnya semuanya daripada Allah. Apa yang boleh katakan, kena terima dengan reda qada dan qadar serta ikhlas,” jelasnya. Untuk info, Julia dan Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2022.Dalam perkembangan lain, Julia bakal tampil dengan satu telemovie istimewa Merdeka bersama Astro yang bertajuk Dear Amma.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!