PELAKON dan pengarah Elly Suriaty menegaskan disiplin serta sikap profesional merupakan perkara paling penting untuk mereka yang bekerja dalam industri kreatif.Elly atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar, 56, berkata, sikap datang lewat ke lokasi penggambaran bukan sahaja menunjukkan seseorang tidak menghormati masa, malah boleh menjejaskan usaha seluruh pasukan produksi. “Kalau call time pukul 8 pagi tetapi sampai set pukul 12 tengah hari, kemudian buat macam tidak ada apa-apa berlaku, sebenarnya sangat memalukan apabila seorang aktor berbuat begitu.“Apabila datang lambat, disiplin itu memang sudah tiada dan ia tidak profesional,” katanya kepada mStar.Elly tegur sikap segelintir pelakon yang lewat ke lokasi penggambaran.Menurut Elly, seseorang pelakon juga perlu menghargai peluang yang diberikan kerana masih ramai individu lain yang menunggu peluang untuk mendapatkan watak tersebut.Katanya, status sebagai selebriti terkenal bukan alasan untuk seseorang bersikap angkuh atau tidak menghormati pasukan produksi.ARTIKEL BERKAITAN: Ellie Suriaty mohon berhenti panggil ‘retis’, anggap jatuhkan maruah anak seniARTIKEL BERKAITAN: Dah tiga kali menang di FFM, Ellie Suriaty belum bersedia nak bersara“Ramai orang mahukan tempat awak untuk bekerja. Jadi, kesungguhan untuk datang awal dan tepat pada masa mengikut jadual yang diberikan adalah kerjasama paling penting.“Kalau awak rasa awak famous, ramai lagi orang famous dalam bidang ini. Team tidak hairan pun sebab mereka memang bekerja dengan ramai orang famous.“Pada akhirnya, produk dan kerja itu yang penting. Marketing, tour, interview dan semua perkara berkaitan glamor itu adalah sebahagian daripada kerja,” kongsinya.Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil jika berdepan pelakon yang mempunyai masalah sikap, Elly berkata dia lebih selesa menegur secara baik sebelum mengambil tindakan lain.Elly belum pernah ada pengalaman dengan pelakon tidak berdisiplin.“Saya tidak pernah lagi berjumpa dengan orang yang mempunyai masalah attitude, sama ada saya berlakon ataupun mengarah.“Tetapi kalau saya berjumpa dengan orang sebegini, saya akan cakap baik-baik dan beri peringatan terlebih dahulu,” jelasnya.Terdahulu, pelakon Fasha Sandha meluahkan rasa kecewa terhadap sikap seorang pelakon yang dipercayai kerap datang lewat ke lokasi penggambaran sehingga menjejaskan kelancaran produksi.Fasha bagaimanapun tidak mendedahkan identiti individu terbabit bagi menjaga nama baiknya, namun mengakui sikap tersebut menguji kesabarannya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!