BEKAS suami Zahnita Wilson, mendakwa pelakon dan model itu sudah tiga bulan tidak bertemu empat anak mereka yang kini berada di bawah jagaannya.Menurut Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 48, kenyataan yang dibuat Zahnita kepada beberapa media baru-baru ini berhubung hubungannya dengan anak-anak mereka adalah tidak benar. Katanya, anak bongsu mereka, Abd Zayden, 5, yang menghidap autisme sering meluahkan rasa rindu terhadap ibunya.Zackery bimbang emosi anak-anak terganggu dengan kenyataan bekas isteri.“Dia sudah tiga bulan tak jenguk anak. Anak saya yang lima tahun itu sudah tiga bulan langsung tidak berjumpa ibunya.“Anak kami yang bongsu itu memerlukan lebih perhatian kerana dia autisme dan selalu mencari ibunya. Therapist anak pun ada tanya sebab anak selalu bertanya tentang ibu ketika menjalani sesi terapi.“Therapist kata tidak elok berjauhan terlalu lama kerana ia boleh menjejaskan keadaan emosinya,” katanya ketika dihubungi mStar.Zackery berkata, Zahnita ada menghubungi anak kedua mereka, Zasharayna Ghouse, namun mendakwa panggilan tersebut bukan secara video sehingga anak-anak tidak dapat melihat wajah ibu mereka untuk melepaskan rindu.ARTIKEL BERKAITAN: Zahnita rela hati, bekas suami dapat hak penjagaan penuh anak-anakARTIKEL BERKAITAN: Lima bulan beroperasi, Zahnita Wilson akur terpaksa tutup kedai... Tanggung rugi kos perniagaan RM150,000“Kalau dengar kenyataan dia kepada media, dia kata jumpa setiap bulan, ada jumpa sekali.“Dia juga ada cakap tiga minggu lepas ada jumpa tapi memang tak ada. Kali terakhir mereka berjumpa adalah hujung bulan Mei,” ujarnya.Zackery juga berharap Zahnita lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan mengenai hubungan dengan anak-anak kerana bimbang perkara tersebut memberi kesan terhadap emosi mereka.Tegasnya, dia sentiasa terbuka menerima kedatangan Zahnita untuk bertemu anak-anak sekali gus tidak pernah menghalang mereka berhubung. Makin lama makin banyak pembohongan.ABDUL ZACKERY GHOUSE“Dia kena jaga apa yang dia cakap sebab anak-anak boleh tengok video dia ini. Saya takut mereka terasa hati.“Sebulan sekali pun okeylah. Saya tak pernah halang. Kuantan dengan Kuala Lumpur pun bukan jauh mana,” kongisnya.Dalam pada itu, dia turut mempersoalkan kenyataan Zahnita yang menyifatkan dirinya sebagai individu terbaik untuk menjaga anak-anak, sedangkan bekas isterinya pernah memberikan kenyataan berbeza sebelum ini.Pun begitu, dia sudah tidak mengharapkan apa-apa daripada Zahnita namun cukup berhenti mengeluarkan kenyataan yang tidak benar hanya sekadar ingin dilihat baik pada mata umum.Zahnita sebelum ini membuat kenyataan dia ada bertemu empat anaknya.“Dia pun ada cakap yang saya terbaik untuk jaga anak-anak tapi dulu dia cakap sebaliknya. Jadi, makin lama makin banyak pembohongan.“Jangan tutup kesalahan sendiri tetapi gunakan anak. Cuma nak nampak baik depan orang tetapi yang terasa anak-anak juga. Yang kena hadap emosi anak-anak itu saya. “Saya cuma mahu dia berhenti berbohong dan berada di sisi mereka seperti yang dia katakan di media. Itu sudah cukup bagus," ujarnya.Sementara itu, Zackery enggan mencampuri urusan pertunangan Zahnita kerana menganggap ia sudah tiada kaitan dengannya.Zackery mahu menjaga emosi anak-anak.“Saya tahu dia sudah bertunang tetapi saya sudah move on dan saya okey dengan itu. Hal peribadi dia saya tak mahu masuk campur. Cuma fasal anak ini kita kena jaga walau macam mana pun,” kongsi.Sebelum ini, Zahnita atau Zahnita Doroty Hussein Wilson, 41, dalam satu temubual bersama media memberitahu kali terakhir dia bertemu anak-anak kira-kira tiga minggu lalu.Untuk rekod, Zackery dan Zahnita mendirikan rumah tangga pada 2005 namun berpisah pada Ogos 2025.Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, 19, Zasharayna Ghouse, 14, Zahlia Syawwal, 9 dan Abd Zayden Ghouse, 5 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!