PELAKON Azhan Rani memuji bakat muda Hussain yang kini semakin menjadi tumpuan ramai selepas terlibat dalam program Big Stage X Rocketfuel.Bukan hanya berbakat dalam bidang nyanyian, Azhan, 50, juga berpendapat Hussain memiliki ciri-ciri seorang penghibur yang diminati ramai. "Tidak ikut sangat program nyanyian dia sebab masa aku pun banyak dekat lokasi penggambaran. Tapi tiap kali melintas fasal nyanyian dia, memang aku tengok.Azhan yakin Hussain mampu menjadi penghibur yang diminati ramai. "Ada tarikan suara dan pakej dia lengkap sebagai penghibur," katanya dalam satu hantaran di Instagram.Azhan juga sempat berkongsi gambar mereka berdua yang dipercayai dirakam ketika bertemu dalam sebuah program televisyen.Tambahnya, Hussain juga merupakan artis yang berkebolehan kerana mewarisi bakat bapanya, penyanyi Jamilul Hayat.ARTIKEL BERKAITAN: Teman wanita kemudian, Hussain pilih fokus keluarga dan kerjaya dulu ARTIKEL BERKAITAN: Peminat risau Hussain makan durian, takut ganggu persembahan"DNA penyanyi itu memang dah ada dalam badan dia. Hussain suara lunak, pitching bagus, kawalan nafas pun bagus," ujarnya.Azhan dalam masa sama sempat berseloroh bahawa dia bukanlah orang terbaik untuk memberikan komen kerana tidak begitu arif dalam bidang nyanyian.Hussain kini antara penyanyi muda yang menjadi kegilaan ramai. Pelakon itu turut berkongsi nasihat agar Hussain terus berjaya mencipta nama dalam industri seni."Saya doakan terus sihat, kekal merendah diri, enjoy stage, love your job, dikelilingi sahabat-sahabat yang betul dan sentiasa nyanyi dengan ikhlas."Semoga mendapat perjalanan yang indah dunia dan akhirat," ucapnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!