PELAKON dan usahawan Syida Melvin akan terus menyimpan dengan rapi koleksi baju pengantin yang dijaga sepanjang tujuh tahun mendirikan rumah tangga.Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 30, berharap enam busana itu boleh dipakai oleh anak-anaknya pada masa akan datang. “Baju itu tak bersalah. Saya akan simpan. Kalau anak-anak saya boleh pakai nanti, jadi kita simpan buat kenanganlah.“Tak throwback, insya-Allah. Kalau tak nak tengok, simpanlah. Simpan rapi dalam kotak,” katanya kepada mStar.Syida mahu anak-anaknya dapat melihat busana perkahwinannya dengan bekas suami pada masa akan datang.Syida berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas selesai prosiding lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Rabu.Ditanya mengenai perancangan menjual pakaian berkenaan, Syida berkata perkara itu tidak pernah terlintas di fikirannya.“Eh, tak. Bagi saya itu kenangan. Anak-anak pun boleh tengok nanti,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: “Tak ada ibu nak anak berpisah, tapi kalau itu jalan terbaik…” – Ibu reda Syida Melvin bercerai ARTIKEL BERKAITAN: Syida Melvin anggap perceraian hadiah hari lahir, tiada dendam pada bekas suamiPada pagi Rabu, Syida dan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, sah bercerai talak satu kira-kira pukul 9.25 pagi di hadapan Hakim Syarie Norul Aina Bahari.Prosiding lafaz cerai pasangan itu sebelum ini ditangguhkan pada 6 Ogos lalu selepas Syida berada dalam keadaan tidak suci kerana sedang haid.Syida sebelum ini dilaporkan memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Disember 2025.Perkahwinan Syida dan Syafiq (kiri) bernoktah pada pagi ini dengan talak satu.Untuk rekod, Syida dan Syafiq mendirikan rumah tangga pada 19 Januari 2019.Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, 7, Sara Sajedda 5, dan Serhan Isa setahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!