KEGAGALAN hubungan lalu membuatkan penyanyi dan komposer Amylea Azizan kini lebih berhati-hati untuk berkongsi tentang kisah percintaan.Meskipun mengakui sudah dimiliki, namun bagi Amylea, 40, belum tiba masa yang sesuai untuk dia mendedahkan jejaka yang berjaya menambat hatinya. "Dalam hubungan ini bukan tentang saya dan dia sahaja. Ia turut melibatkan orang lain termasuk ahli keluarga terdekat. Jadi biarlah kami cuba kenali semua orang dahulu dan dapatkan keserasian.Amylea lebih terbuka berkongsi kisah percintaan. "Saya sedar apabila dia masuk ke dalam dunia saya, semuanya akan menjadi perhatian. Jadi perlu ambil masa untuk rapat dengan orang-orang terdekat kami dahulu."Suatu hari nanti saya akan beritahu secara terperinci," katanya kepada mStar.Apabila diajukan tentang hari bahagia, penyanyi ini juga memberitahu dia bersedia untuk kembali bergelar isteri.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Amylea Azizan sedang kenal seseorang, segala kesedihan sudah berlalu... Kongsi sebab ambil masa dedah kisah perceraian ARTIKEL BERKAITAN: Amylea Azizan tak suka ‘tunggang‘ isu media sosial, yakin kerjaya lancar tanpa kontroversiBiarpun begitu, Amylea meminta peminat agar memberi ruang sebelum dia berkongsi lebih lanjut atau mendedahkan secara terbuka tentang kekasih hatinya."Saya sentiasa sedia untuk berkahwin. Tunggu masa yang sesuai, saya akan umumkan."Kalau saya dah beritahu sedang bercinta, bermakna saya juga sedia mendedahkan kepada umum. Dia juga seorang yang terbuka untuk berkongsi," ujarnya.Amylea tunggu masa sesuai umum tarikh kahwin. Untuk rekod, Amylea sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka asal Singapura bernama Mohammad Aqbar pada November 2023.Perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan sah bercerai pada awal 2025.Amylea bagaimanapun hanya mendedahkan tentang kisah perceraian tersebut pada Oktober 2025 menerusi satu perkongsian di Instagram.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!