PELAKON Arena Wan mendedahkan bapanya iaitu komposer dan penerbit Iman Wan Tuck Meng meragui kemampuannya untuk beraksi di pentas teater muzikal.Arena atau nama sebenarnya Arena Wan Mun-Yi, 27, bagaimanapun menganggap pandangan bapanya itu sebagai satu cabaran untuk membuktikan kemampuan diri menerusi naskhah Teater Muzikal Mansur & Liu arahan maestro legenda, Datuk M. Nasir. “Dia (bapa) tahu saya pergi uji bakat, tetapi dia tidak percaya saya akan dapat. Bapa saya cuma cakap semoga berjaya. Tapi dia tahu teater ini susah, tambah pula anak dia ini bukanlah seorang penyanyi.Arena suka untuk mencabar diri. “Bagi dia, mungkin saya ini masih belum bersedia. Saya tidak tahu, tapi mungkin sebab dia melihat saya sebagai seorang anak. Jadi dia memang berterus terang beritahu yang saya ini belum bersedia,” katanya.Mengulas lanjut, Arena turut mengakui ibu bapanya sebenarnya tidak pernah menggalakkan penglibatannya dalam dunia seni.“Saya sudah 27 tahun, jadi bila saya hendak dianggap sudah bersedia? Dia cakap perkara sama sejak saya masih bersekolah lagi. Sewaktu pertama kali dapat tawaran buat lagu soundtrack, dia tidak benarkan kerana bimbang orang ambil kesempatan.“Bagi lakonan pula, saya belajar sendiri dari awal dan ibu bapa sebenarnya tidak benarkan saya masuk industri ini. ARTIKEL BERKAITAN: Pernah ‘koyak’ dipanggil kayu… Arena Wan tak simpan dendam, gigih perbaiki diriARTIKEL BERKAITAN: Bapa komposer terkenal bukan jalan mudah jadi penyanyi, usaha Arena Wan akhirnya terbayar... ‘In My Head’ dipilih jadi lagu tema drama"Tapi saya tetap masuk juga. Saya degil, memberontak dan buat sahaja. Dewi Remaja pun mereka tidak mahu saya sertai pada awalnya, tetapi saya tetap pergi,” ujarnya.Meskipun terpaksa berdepan fasa sukar pada awal pembabitan, Arena bersyukur kerana pengalamannya selama lapan tahun dalam industri banyak membantu meningkatkan mutu lakonan serta penguasaan bahasa Melayu.“Sekarang bahasa Melayu saya lebih fasih berbanding dahulu. Kalau pertama kali jumpa, saya tidak bercakap macam ini. Lakonan juga semakin baik sedikit demi sedikit menerusi setiap projek.“Untuk lakonan televisyen, ibu bapa saya tidak terlalu risau sebab kalau ada kesilapan boleh buat rakaman semula. Tetapi untuk teater ini mereka risau kerana ia dibuat secara langsung. Sebab itu saya perlu perbanyakkan latihan,” katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!