suria

Pernah ‘koyak’ dipanggil kayu… Arena Wan tak simpan dendam, gigih perbaiki diri

Arena tak sangka berjaya pegang watak utama.

BAKAT pelakon Arena Wan semakin menyerlah, namun siapa sangka dia pernah berdepan kritikan pedas netizen apabila lakonannya suatu ketika dahulu dilabel ‘kayu’.

Arena atau nama sebenarnya Arena Wan Mun-Yi Iman Wan, 25, berkata pengalaman itu berlaku pada awal pembabitannya dalam dunia lakonan.

Namun dia tidak pernah menyimpan dendam sebaliknya menjadikan teguran itu sebagai satu pembakar semangat untuk terus memperbaiki diri.

Arena anggap komen negatif sebagai pembakin semangat.

"Mula-mula saya koyak dan rasa down. Saya seorang yang agak sensitif serta sentiasa ambil peduli pandangan orang sekeliling.

"Tapi saya mula belajar sesiapa bercakap buruk tentang saya, ia adalah satu teguran supaya saya  dapat memperbaiki diri," katanya kepada mStar.

Menurut Arena, dia berterima kasih dengan segala komen negatif yang diterima kerana membantu dirinya menjadi pelakon lebih baik seperti sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa komposer terkenal bukan jalan mudah jadi penyanyi, usaha Arena Wan akhirnya terbayar... ‘In My Head’ dipilih jadi lagu tema drama

ARTIKEL BERKAITAN: Farah Ann mahu ceburi dunia lakonan selepas umum bersara... "Saya dah masuk kelas, harap ada rezeki lagi"

"Saya berterima kasih kepada setiap komen (negatif). Bila lihat komen itu semula saya sangat beremosi kerana kali pertama saya jejak langkah ke industri ini saya tidak tahu apa-apa.

"Tapi perkara itu menjadikan saya lebih kuat dan belajar perbaiki lakonan saya dengan menyertai kelas,” katanya. 

Menurut Arena, selepas beberapa kali gagal dalam uji bakat sebelum ini dia akhirnya berjaya memegang watak utama dalam drama bersiri Generasi Perfect 10.

Arena tak pernah putus asa serlahkan bakat.

"Ini adalah karya pertama saya memegang watak utama dan sejujurnya saya menangis apabila berjaya dalam uji bakat untuk drama ini. Sehingga hari ini saya masih tak percaya.

"Saya sedar selama ini saya terlalu merendah diri dan sudah tiba masanya untuk tidak negatif," luahnya.

Generasi Perfect 10 adalah sebuah drama inspirasi daripada pengalaman gadis remaja yang mengejar impian menjadi atlet gimnastik profesional.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain