suria

“Perjuangan setiap orang itu berbeza-beza” - Fattah Amin sasar kutipan RM250,000 untuk Gaza

Fattah sasarkan kutipan sebanyak RM250,000 untuk disalurkan ke tabung Palestin.

PELAKON Fattah Amin berpandangan setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam menyalurkan bantuan dan sokongan terhadap rakyat Palestin yang kini berdepan dengan konflik kemanusiaan.

Menurut Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, tidak semua orang perlu berada di medan perang untuk menunjukkan solidariti, sebaliknya pelbagai usaha boleh dilakukan dari dalam negara sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap perjuangan rakyat di sana.

“Insya-Allah, perjuangan setiap orang itu berbeza-beza. Mungkin ada orang rasa dia perlu ke Gaza… itu terpulang," katanya kepada mStar.

Fattah ketika di sidang media Nez Bersama Palestin.

Tambah Fattah, dia dan beberapa selebriti tempatan lain turut mengambil inisiatif melancarkan pelbagai kempen kesedaran serta kutipan dana yang akan disalurkan terus kepada rakyat Palestin.

Fattah turut berpendapat apa jua bentuk bantuan yang diberikan, tidak kira besar atau kecil tetap memberi impak positif dan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin tegas pendirian tetap saman, jadi pengajaran penyebar fitnah... Ibu dan anak terkesan kenyataan tidak benar

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Ada yang tak puas hati kenapa hanya Hong Kong”… Fattah Amin kongsi momen ‘clingy’ Fatima, rancang bawa ke Paris!

Mengulas lanjut mengenai kempen Nex Bersama Palestin yang sedang dijalankannya, Fattah berkata mereka menyasarkan kutipan dana sebanyak RM250,000.

Kutipan tersebut merupakan hasil daripada penjualan 500,000 botol air mineral dalam tempoh 24 jam pada 17 Oktober depan.

“RM250,000 adalah jumlah sasaran untuk 500,000 botol terjual dalam masa 24 jam,” jelasnya.

50 sen daripada 500,000 botol yang terjual akan disalurkan ke tabung Palestin.

Berkongsi lanjut, Fattah berkata, kempen ini telah dirancang rapi sejak awal lagi bagi memastikan mesej dan objektifnya sampai kepada masyarakat secara menyeluruh.

“Kita cuba beri kesedaran kempen ini lebih awal supaya objektif dan matlamat yang kita letak itu dapat dicapai.

“Saya sendiri juga akan turun ke masjid-masjid untuk sebarkan lagi kempen dan berjaya mencapai objektifnya," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain