BERJAYA menurunkan berat badan selepas bersalin, pelakon Datin Atikah Suhaime belum merancang untuk menimang cahaya mata kedua dalam masa terdekat.
Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Suhaime, 34, berkata dia tidak mahu terburu-buru kerana percaya masa yang sesuai akan tiba.
“Mengandung lagi? Lambat lagi. Alah, Rozita Che Wan boleh je mengandung waktu umur dah berusia, elok je.

Atikah lakukan perancangan untuk kehamilan keduanya.
“Tak perlu terburu-buru sebab mengandung lambat nanti berisiko tinggi. Saya akan tentukan masa bila nak mengandung,” katanya.
Atikah berkongsi perkara itu menerusi Instastory pada Jumaat.
Dalam masa sama, dia sempat berseloroh bahawa anaknya, Lyla Mulan Teh sudah mempunyai ‘abang tiri’ iaitu seekor kucing peliharaan yang dianggap seperti anaknya sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: “Orang Singapura selera Kelantan” - Atikah Suhaime jatuh cinta dengan nasi kerabu, budu
ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime tetap pendirian boikot, sanggup tolak tawaran RM1.2 juta
“Lagipun Mulan dah ada Abang Owen, bezanya Owen ini abang tiri. Okaylah itu adik-beradik dah selesai,” ujarnya.
Mengimbas kembali, Atikah berkata dia pernah berdepan peningkatan berat badan mendadak ketika hamil anak sulung namun bersyukur berjaya mendapatkan semula bentuk tubuh asal selepas bersenam dan menjaga pemakanan.
“Masih ingat waktu mengandung, makan banyak badan jadi besar.

Keluarga bahagia Atikah dan Lukman.
“Setengah orang mengandung macam giant, sayalah ibu mengandung yang besar. Saya bersyukur sangat dapat balik badan saya, Alhamdulillah,” katanya.
Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Lokman Teh pada Januari 2024 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Lyla Mulan pada 8 Mac lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


