suria

Amy Mastura pilih perlahankan karier seni... “Elok cari bekalan akhirat”

Amy berhasrat memperlahankan karier seni buat sementara waktu atas sebab peribadi.

PENYANYI dan pelakon, Amy Mastura mengakui sudah serik untuk menyertai mana-mana program realiti televisyen.

Menurut Amy atau nama sebenarnya Amy Mastura Suhaimi, 54, pengalaman lalu ketika menyertai sebuah pertandingan meninggalkan kesan mendalam terhadap emosinya.

“Saya tak suka pertandingan. Sekali tu pun cukup. Saya rasa menyesal seumur hidup. Tak nak dah, saya bertaubat.

Amy antara ikon penyanyi yang terkenal sewaktu era 90-an.

“Sebab masuk pertandingan ini, dia kacau jiwa saya dan sukar untuk digambarkan,” katanya kepada mStar.

Amy berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media teater Cik Ros di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur pada Khamis.

Menurut Amy, dia juga tidak merancang untuk membuat kemunculan semula dalam masa terdekat dan menafikan dakwaan kononnya merajuk dengan industri hiburan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dalam diam dah bergelar ‘hajah’, peminat puji cara Amy Mastura fokus ibadah haji

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Semua Orang Kenal Kita - Amy Mastura

Katanya, faktor usia menjadi sebab utama dia memperlahankan rentak kerjaya seni ketika ini.

“Nak kata tak minat, perasaan suka itu masih ada. Tapi saya rasa sudah tiba masanya untuk slow down. Umur pun dah ‘dekat’ (makin berusia).

“Saya perlahankan aktiviti seni sebab kalau kerja kerajaan pun, saya dah pencen. Jadi eloklah alihkan fokus kepada mencari bekalan akhirat,” ujarnya.

Amy lebih memilih untuk mengejar bekalan akhirat di samping keluarga tercinta.

Bagaimanapun, Amy tidak menutup sepenuhnya pintu untuk kembali aktif sekiranya ada tawaran yang sesuai.

“Kalau ada tawaran, ada penaja, ada permintaan, insya-Allah saya akan pertimbangkan,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain