suria

“Kalau kami buat, kena panggil SKMM” - Aznil pertikai siaran langsung dalam Dewan Rakyat

Aznil tegur tingkah laku ahli politik di Parlimen.

PENGACARA Datuk Aznil Nawawi berpendapat siaran langsung sidang khas Dewan Rakyat yang memaparkan kekecohan wajar disekat daripada tontonan umum.

Menurut Aznil, 63, rakyat tidak seharusnya terus disajikan dengan perangai ahli politik yang tidak mencerminkan kewibawaan sebagai pemimpin negara.

“Banned saluran ini daripada ditonton.

Perkongsian dan pandangan Aznil di media sosial miliknya.

“Sudah tiba masanya kita tak perlu tonton perangai macam ini,” katanya.

Aznil berkongsi pandangan itu menerusi hantaran di Instagram pada Jumaat.

Dalam pada itu, Aznil turut mempersoalkan tindakan menyiarkan sidang Dewan Rakyat secara langsung tanpa tapisan, sedangkan penggiat seni dan media dikenakan kawalan ketat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

ARTIKEL BERKAITAN: Aznil Nawawi imbau pertemuan terakhir dengan S Atan, tergerak hati jumpa arwah pada hari jadinya

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Puas masuk duit tapi kena reject, Aznil Nawawi ‘sakit hati’ mesin tambah nilai buat perangai... rupanya ramai berdepan situasi sama

“Kalau kami (selebriti) berkelakuan begitu di TV atau radio, kami akan dipanggil menghadap SKMM dan lesen kami akan diingatkan untuk ditarik.

“Dah terlalu lama sebelum ada yang berkata begini! Saluran Parlimen perlu ada panduan tontonan,” ujarnya.

Kenyataan Aznil itu menerima pelbagai reaksi netizen apabila rata-rata menyokong pendapatnya yang dianggap tepat pada masanya.

Aznil mempersoalkan tindakan menyiarkan sidang Parlimen secara langsung tanpa tapisan.

Ramai bersetuju siaran langsung Parlimen kini lebih banyak memaparkan pertikaman lidah keterlaluan, caci-maki dan tingkah laku tidak profesional yang tidak sesuai ditonton rakyat. 

Isu kekecohan ahli Parlimen bukanlah perkara baharu apabila beberapa rakaman sebelum ini tular menunjukkan wakil rakyat bertikam lidah dengan bahasa kasar, mengganggu perbahasan dan bertindak melampaui batas.

Walaupun siaran langsung sidang Parlimen bertujuan meningkatkan ketelusan dan keterlibatan rakyat, perlakuan sesetengah wakil rakyat terus mengundang kritikan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia