suria

[VIDEO] Puas masuk duit tapi kena reject, Aznil Nawawi ‘sakit hati’ mesin tambah nilai buat perangai... rupanya ramai berdepan situasi sama

Aznil berang mesin tambah nilai gagal berfungsi dengan baik di KLIA.

PENGACARA popular Datuk Aznil Nawawi meluahkan rasa tidak puas hati dengan perkhidmatan mesin tambah nilai yang gagal berfungsi seperti diharapkan.

Menerusi perkongsian di Instagram pada Isnin, Aznil dilihat beberapa kali memasukkan wang kertas RM50 ke dalam mesin berkenaan namun tidak berjaya.

Selepas beberapa kali percubaan, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil dilihat masih gagal melakukan transaksi tambah nilai kad prabayar miliknya itu.

"Memang sakit hati, duit baru ini ya... dia lihat tanda tangan siapa agaknya. Mari kita masukkan lagi ini sudah beribu kali agaknya.

Untitled design

Tangkap layar video yang dimuat naik Aznil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap mesin tambah nilai kerana gagal berfungsi seperti diharapkan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Pak Nil jumpa Zamani, serah sumbangan RM120,000... Akui takut pembedahan tapi enggan bergantung ubat tahan sakit

"Siapa ada RM200 saya pinjam. Saya bayar dengan ini. Sakitnya hati!" katanya dalam rakaman video berkenaan.

Perkongsian pelakon filem Cicakman itu kemudian mendapat respon pengikutnya yang menasihatkan agar membetulkan dahulu keadaan duit tersebut yang dilihat ronyok.

Dalam pada itu, ada juga netiizen turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan mesin yang disediakan oleh syarikat terbabit kerana tidak mesra pelanggan.

"Saya selalu renyokkan sikit, lepas itu tolak ke kanan atau ke kiri.

"Betulkan dulu duit tu. Mesti boleh masuk. Saya turut dapat merasakannya," kata netizen.

Difahamkan insiden tersebut berlaku di salah sebuah mesin tambah nilai di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain