suria

Permintaan‘kayangan’ tetapi bayaran tidak seberapa... Ammar Titan kesal produksi pilih kasih

Azizul Ammar berasa tidak puas hati dengan tindakan pihak yang mengamalkan sikap pilih kasih dalam soal bayaran pelakon.

PELAKON dan pelawak, Ammar Titan meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak yang seakan-akan mengamalkan sikap pilih kasih antara pelakon baharu dikenali dengan tidak popular.

Ammar atau Azizul Ammar Abu Hassan, 34, artis baharu yang memiliki kelebihan rupa paras menarik dan popular berkongsi gambar barangan mewah di media sosial akan menerima bayaran mahal.

Bagaimanapun perkara sebaliknya berlaku terhadap pelakon tidak popular yang terpaksa memperjuangkan nasib mereka seperti dirinya.

"Artis yang cantik, kacak popular muat naik gambar rumah baharu besar, muat naik kereta mewah besar, muat naik jam mahal, bayaran depa mahal.

Untitled design (30)

Perkongsian Azizul Ammar di Instagram yang mempamerkan rasa tidak puas hatinya.

"Artis biasa suam-suam kuku muat naik mengenai perdebatan harga yang berbaloi dengan pengalaman dan bakat.

"Perlu menentang semula tau! Sedih! Sangat sedih! Kau simpan duit tu masuk dalam poket kau sendiri!," kongsinya di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Titan kecewa produksi tiada etika kerja, masih dibayar rendah - “Harga sayur di pasar pun dah naik”

ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Titan puas hati dapat warna rambut, bosan imej lama... Siap ‘buat badan’ nak sado macam Norman Hakim dan Shah Rukh Khan

Mengulas mengenai itu, Ammar turut meluahkan rasa kurang senang terhadap individu mengenakan pelbagai permintaan untuk menghidupkan watak namun tidak sepadan dengan bayaran.

Tidak kurang itu malah pelbagai perkara perlu dilakukan dalam satu masa.

"Contoh bayar tidak seberapa tetapi permintaan suruh buat badan, suruh buat babak aksi, suruh pakai baju mahal.

Untitled design (31)

Azizul Ammar terlibat dalam beberapa drama dan telefilem antaranya Reen Putus Cinta, Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti, Cinta Round 1, Rindu Atuk dan Dalam Kasut.

"Suruh membuat ulasan tempat tinggal sewaktu penggambaran dan membuat ulasan makanan. Kemudian duit itu semua masuk dalam poket sendiri," tambahnya.

Ammar pernah berkhidmat sebagai penyampai radio di Hot FM pada 2016 hingga 2019.

Antara naskhah lakonan beliau Reen Putus Cinta, Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti, Cinta Round 1, Rindu Atuk dan Dalam Kasut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain